Jumaat, 9 Mei 2014


ANEKA PETUA

Elak anak kencing malam
 

Petuanya adalah dengan perahkan sedikit jus lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anak menghirupnya. Amalkan pada sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Cara ini mengelakkan anak kecil anda kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan kekerapan pembuangan air kecil.

Daun kucai rawat darah tinggi

Jika anda menghidap darah tinggi. Ambil daun kucai lebih kurang seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, letak di dalam mangkuk dan embunkan. Minum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan putus asa. Boleh ambil set darah tinggi dari Shaklee insyaallah boleh membantu anda.

Halia ubati sakit dada

Bagi mengubati sakit dada amalkan petua ini. Ambil beberapa ulas halia lalu tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil sebiji telur ayam kampong tapi gunakan kuningnya sahaja. C ampurkan bersama madu lebah tulen. Kacau rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan

Kulit pisang berangan buat hilangkan jeragat

Sapukan wajah bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan