Ahad, 4 Mei 2014


Tubuh beri isyarat bila penyakit menghampiri
Tahukah anda tubuh mempunyai mekanisme menarik yg memberi tahu bahawa tahap kesihatan sedang tergangu. Ia bermula dengan isyarat2 tertentu yg melibatkan perubahan dari segi fizikal tatkala penyakit menghampiri.
Namun malangnya masih ramai yg tidak mengendahkannya isyarat itu dan menganggap diri masih sihat. Sekiranya anda diberi isyarat dibawah maka berhati-hatilah.
DERIA BAU TERJEJAS
Deria bau mempunyai tahap sensitive yg amat tinggi. Dikatakan, manusia berupya menghidu pelbagai jenis bau tetapi berhati-hatilah sekiranya ia mulai terganggu. Besar kemungkinan ia gejala awal penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer disebabkan kegagalan sel saraf dibahagian hidung berbanding keadaan yg normal.
Hal ini secara tidak langsung meninggalkan kesan terhadap deria bau yg lazimnya sel saraf di hidung memberi tindak balas yg lebih cepat. Kebiasaannya  ia berlaku pada warga emas usia 70 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berlaku pada usia yg muda maka segera melakukan pemeriksaan kesihatan kerana bimbang berlakunya masalah lain yg lebih berbahaya.
KUKU BERBEZA BENTUK DAN WARNA
Kuku tangan yg sihat biasanya halus dan tidak berkeluk. Tetapi  jika kuku anda kelihatan berbeza bentuk dan warnanya maka segeralah ambil langkah berjaga-jaga. Warna merah yg muncul dibawah kuku tangan merupakan tanda-tanda awal penyakit lupus di mana ia mampu membuatkan system kekebalan tubuh berbalik seterusnya menyerang jantung yg sihat.
Biasanya ia muncul dengan simptom gatal @ kemerahan di bahagian punggung dan kuku. Sementara itu, jari-jari tangan pula akan bengkak dan terasa lebih besar ketika ia menyerang.
 
RAMBUT ROSAK
Rambut juga merupakan tanda bahawa anda sedang berhadapan dengan masalah kesihatan yg ia berkait rapat dengan penyakit tiroid. Ia merupakan sejenis penyakit kelenjar berbentuk kupu-kupu berfungsi utk mengatur hormon didalam tubuh. Apabila tiroid tidak berfungsi dengan baik maka kesannya adalah  pada seluruh  hormon  tubuh terutama yg berkait dengan rambut. Berbeza sekiranya anda mengalami kerosakkan rambut disebabkan hormon  kerana ia hanya akan kelihatan kering, rosak, patah @ gugur. Masalah hormon yg di maksudkan juga boleh menyebabkan kening menjadi lebih nipis.
KELIHATAN BERUSIA
 
Jangan salah anggap mengenai penampilan. Ia bukan setakat menunjukkan anda seorang yg menarik dari segi  fizikal sebaliknya  mampu`memberitahu` bahawa adanya masalah berkaitan organ yg paling penting dalam tubuh iaitu jantung.
Terdapat juga beberapa tanda lain yg mana rambut ditumbuhi uban, wajah berkedut, botak dan kolestrol yg berkumpul  dikelompak  mata. Kajian ini juga memberi tahu individu yg kelihatan lebih tua daripada usia sebenar juga berhadapan risiko sebanyak 40 peratus lebih tinggi  utk mendapat penyakit jantung dan 57 peratus utk kena serangan jantung. Sekiranya anda mengalami gejala ini maka lakukanlah pemeriksaan jantung dengan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan