Khamis, 10 Julai 2014

penyakit Alzheimer


Penyakit Alzheimer
Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yg kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan dimana daya ingatan seseorang merosok dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yg dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personality dan tingkah laku yg tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si pengidapnya, malah ahli keluarga yg menjaganya. Penyakit Alzheimer yg menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan social pengidapnya.
Individu yg berisiko mengidap Alzheimer
>Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun keatas
>Pengidap penyakit kencing manis @ diabetes
>Kurang melakukan senaman
>Paras kolestrol yg tinggi
>Faktor keturunan – mempunyai ahli keluarga yg mengidap penyakit ini pada usia lingkungan 50 an
Punca – punca penyakit nyanyuk...
Terdapat beberapa keadaan yg boleh menyebabkan demensia:
*penyakit yg menyebabkan kemerosotan atau kehilangan sel-sel saraf didalam otak seperti Alzheimer, Parkinson
*penyakit yg memberi kesan kepada saluran darah seperti strok
*reaksi toksik, seperti pengambilan alcohol yg berlebihan atau penggunaan dadah
*kekurangan makanan seperti vitamin B12
*jangkitan yg memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang seperti AIDS
*sesetengah jenis hydrocephalus, satu pengumpulan cecair dalam otak yg boleh menyebabkan perkembangan, jangkitan, kecederaan kecil kronik yg sering berlaku dari sukan tinju atau kemalangan
*penyakit – penyakit lain daripada otak, seperti buah pinggang, hati  dan penyakit paru-paru semua boleh membawa kepada demensia
*Alzheimer menyebabkan 50% kepada 60% daripada semua demensia
Tanda-tanda penyakit Alzheimer (demensia)

Demensia adalah progresif. Ini bermakna bahawa otak seseorang itu akan menjadi lebih rosak dan akan kurang bekerja dari masa ke semasa, dan tanda-tanda itu akan cenderung utk berubah dan menjadi lebih teruk. Atas sebab ini, ia adalah penting utk berbincang dengan dotor anda secepat mungkin jika anda bimbang bahawa anda mungkin mempunyai masalah dengan ingatan anda. Kepantasan tand-tanda menjadi lebih buruk akan bergantung kepada punca demensia orang itu, kesihatan keseluruhan mereka dan keadaan mereka. Ini bermakna bahawa gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza dari seorang ke seorang.

Gejala demensia berbeza-beza bergantung kepada punca, tetapi tanda-tanda dan gejala biasa termasuk:
>hilang ingatan
>kesukaran berkomunikasi
>kesukaran dengan tugas-tugas yg komplek
>masalah dengan merancang dan mengatur
>kesukaran dengan koordinasi dan fungsi motor
>masalah dengan kekeliruan seperti sesat
>perubahan personality
>ketidakupayaan dan tingkah laku yg tidak sesuai
>pergolakkan dalaman dan halusinasi

 

4 ulasan: