Ahad, 19 Oktober 2014

Betul ke penyakit Beguk bahaya?


Beguk boleh sebabkan mandul
Beguk bukanlah satu penyakit yg bahaya namun ia masih memerlukan rawatan dan pencegahan. Ia adalah penyakit yg disebabkan oleh virus dengan menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.

Walaupun sangat kurang terjadi, namun penyakit ini kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa. Selalunya dalam kalangan kanak-kanak, ia akan hilang namun bagi lelaki dewasa pula, ia boleh menyebabkan kemandulan.
Takrifan tentang penyakit beguk:
Beguk adalah penyakit yg mudah berjangkit dengan virusnya merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yg dijangkiti mengalami batuk atau bersin.

Gejala:
Ia bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yg dijangkiti. Sesetengah orang yg dijangkiti beguk tiada simptom awal tetapi mengalami tanda seperti berikut:
>demam
>sakit kepala
>mulut kering dan hilang selera makan
>keletihan
>pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10-12 hari
Komplikasi:
Walaupun mereka yg dijangkiti akan pulih sepenuhnya, kadang kala berlaku juga komplikasi  seperti berikut:
*pembengkakan pada otak
*pembengkakan pada lapisan otak
*pembengkakan pada pancreas
*lebam pada testis dan selalu berlaku pada lelaki dewasa
*pekak
Rawatan:
Tiada ubat khusus tetapi ia boleh dilegakan dengan keadaan tersebut:
>paracetamol utk mengurangkan demam dan rasa sakit
>minum lebih banyak air dan elakkan minuman jus berasid
>letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis utk melegakan kesakitan
>perlu kuarantin di rumah utk elakkan jangkitan sehingga Sembilan hari atau sehingga bengkak hilang
Pencegahan:
Viksin perlu diberi pada usia 12 bulan dan tujuh  tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu Mumps, Measles dan Rubella.
Saya pengedar Shaklee yg sah
Ada sesiapa yg berminat  atau sedang mencari supplement utk masalah kesihatan anda
Insyaallah produk Shaklee boleh membantu anda
Hubungi saya utk maklumat lanjut…
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram
019 5959640
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan