Rabu, 26 November 2014

9 Makanan Pantas Bakar Lemak



Assalamualaikum…hai kawan-kawan semua, terima kasih kerana sanggup melawati bolg saya yang tak seberapa ni…hari ini hari yang agak kelam kabut sikit, sedang siapkan barang-barang sebab esok kami nak balik kampong. Secara ringkas hari ini saya nak cakap pasal makanan yang mudah bakar lemak.

Makanan pembakar lemak membantu mempercepatkan kadar metabolisma. Berikut adalah Sembilan jenis makanan yang perlu anda amalkan setiap hari bagi memastikan misi langsing anda tercapai.

Yogurt Rendah Lemak

Yogurt rendah lemak, adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti mempercepatkan metabolisma. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat.

Omega 3

Ia merupakan sumber protein yang sangat baik. Omega 3 adalah asid lemak yang dapat membantu membakar kalori dan mengurangkan selera makan. Sumber omega 3 yang paling mudah adalah daripada ikan.

Kekacang

Kacang contohnya adalah makanan protein yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisma dan menurunkan peratusan lemak badan, begitu juga kacang soya.

Daging Dibuang Lemak

Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna.

Telur

Telur juga merupakan sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.

Cuka

Diperbuat daripada asid, cuka membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan.

Limau

Buah-buahan jenis limau, mampu meningkat tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren juga mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membuat anda rasa kenyang lebih lama.

Cili

Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan metabolisma.

Bijirin

Membantu mengawal kadar insulin ditahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisma anda.

Bagaimana pula dengan produk Shaklee boleh membakar lemak yang ada dalam badan?

Omega Guard

Dalam omega guard juga ada omega 3 yang mana boleh membantu membakar lemak yang berlebihan dalam badan kita. Membantu bagi mengurangkan rasa lapar sebab boleh tinggikan hormon leptin, dan bila leptin tinggi keinginan untuk makan jadi kurang.

Alfalfa Complex

 
Menyingkirkan lemak dan kolestrol, kajian klinikal terbukti, bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

Lecithin

 
Pemecahan lemak dan kolestrol. Lecithin bertindak sebagai ‘’pembersih’’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh. Menghalang obesity, pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

19 ulasan:

  1. Alhamdulillah memang tengah amalkan lecithin dan alfalfa ni.. nak dapatkan balik badan zaman anak dara dulu... hihihi


    Kerana Alfalfa Complex Shaklee.....Suamiku Kini BERUBAH!!

    BalasPadam
  2. Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan metabolisma?boleh cuba ni tapi jarang2 ok la

    ALFALFA BAGUS UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA

    BalasPadam
  3. Saya ambik omega...cili pun best..huhu..lau makan tak rasa pedas mmeg rasa tak best..

    Tips Cepat Hamil

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah kan...klu makan tak ada cili memang tak berselera.

      Padam
  4. ida memang amalkan alfalfa.. memang terbaik.. omega kadang2 je telan..

    CARA ATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

    BalasPadam
  5. Omega , lecithin & alfafa terbaik..dh nk dekat 1 tahun amik set ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus kan shaklee ni...bukan saja utk kurus je tapi baik juga utk kesihatan kita.

      Padam
  6. vitamin shaklee tiga seragkai ini memang terbaik untuk buang lemak dan kuruskan badan. memang best laaa..

    Kepentingan Lecithin Nyata Diperlukan Badan Anda

    BalasPadam
  7. Lecithin terlalu berkesan utk saya hehehe sebiji saja sehari, saya susut 2kg dlm hampir 2 minggu sdgkn saya sudah memiliki berat badan ideal. Kononnya ambilkerana lecithin juga baik utk otak bayi yg menyusu

    BalasPadam
    Balasan
    1. suami saya juga suka lecithin ni...stok lecithin dah abis kena order lagi ni...

      Padam
  8. Cayalah pada yang dah turun berat dengan lecithin nie..

    JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

    BalasPadam
  9. Lemak kalau tak dibakar boleh sumbatkan salur darah. Sebab tu wajib ambil suplemen. Bantu pembakaran lemak lebih cepat.

    BalasPadam
  10. Sy suka makan cili padi tp dengan makanan yg sesuai laa..bila pedas tu kan mcm ada kepuasan.pastu stat la perut sakit huhuhu.

    BalasPadam
  11. Saya suka minum air yg masam2 sgt sedap...

    BalasPadam