Assalamualaikum…hai kawan-kawan semua, terima kasih kerana
sanggup melawati bolg saya yang tak seberapa ni…hari ini hari yang agak kelam
kabut sikit, sedang siapkan barang-barang sebab esok kami nak balik kampong.
Secara ringkas hari ini saya nak cakap pasal makanan yang mudah bakar lemak.
Makanan pembakar lemak membantu mempercepatkan kadar
metabolisma. Berikut adalah Sembilan jenis makanan yang perlu anda amalkan
setiap hari bagi memastikan misi langsing anda tercapai.
Yogurt Rendah Lemak
Yogurt rendah lemak, adalah sumber yang baik dan sihat dari
segi protein dan kalsium. Ia terbukti mempercepatkan metabolisma. Satu kajian
mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak
mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat.
Omega 3
Ia merupakan sumber protein yang sangat baik. Omega 3 adalah
asid lemak yang dapat membantu membakar kalori dan mengurangkan selera makan.
Sumber omega 3 yang paling mudah adalah daripada ikan.
Kekacang
Kacang contohnya adalah makanan protein yang sihat dan
membantu meningkatkan metabolisma dan menurunkan peratusan lemak badan, begitu
juga kacang soya.
Daging Dibuang Lemak
Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah
antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh
menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna.
Telur
Telur juga merupakan sumber protein yang seimbang dan sangat
baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot
apabila anda kehilangan berat badan.
Cuka
Diperbuat daripada asid, cuka membantu badan memecahkan
lemak yang berlebihan.
Limau
Buah-buahan jenis limau, mampu meningkat tahap insulin dalam
badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren juga
mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membuat anda
rasa kenyang lebih lama.
Cili
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan
metabolisma.
Bijirin
Membantu mengawal kadar insulin ditahap yang rendah untuk
meningkatkan metabolisma anda.
Bagaimana pula dengan produk Shaklee boleh membakar lemak
yang ada dalam badan?
Omega Guard
Dalam omega guard juga ada omega 3 yang mana boleh membantu
membakar lemak yang berlebihan dalam badan kita. Membantu bagi mengurangkan
rasa lapar sebab boleh tinggikan hormon leptin, dan bila leptin tinggi
keinginan untuk makan jadi kurang.
Alfalfa Complex
Menyingkirkan lemak dan kolestrol, kajian klinikal terbukti,
bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak,
mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
Lecithin
Pemecahan lemak dan kolestrol. Lecithin bertindak sebagai
‘’pembersih’’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan
metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh. Menghalang obesity,
pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk
kesan pelangsingan yang seimbang.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir








