Khamis, 13 November 2014

Jana Minda Dengan Minyak Ikan



Hai Assalamualaikum….Hari ini saya nak bercakap pasal minda dan minyak ikan

Ikan sejak dahulu lagi dikatakan antara makanan terbaik untuk otak. Banyak kajian yang telah dilakukan dan hari ini berjaya membuktikan bahawa ikan kaya dengan khasiat dan kebaikkan untuk meningkatkan kuasa otak. Bukan saja ketika kanak-kanak tetapi berterusan sehingga dewasa.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh kesihatan Amerika Academy of Neurology mendapati mereka yang mengambil asid lemak omega 3 yang tinggi daripada ikan juga memiliki volum otak yang lebih besar ketika sudah tua sama seperti otak kanak-kanak sihat yang berusia 1 hingga 2 tahun.

Peningkatan usia menjadi punca kepada perubahan kepada saiz otak, vascular (pembunuh darah) dan kognisi. Ia juga membawa kepada pengecutan otak yang menyumbang kepada serangan strok, demensia, melemahkan ingatan dan penyakit Alzheimer.

Siapa Yang Perlukan Omega Guard

Penyelidikan juga mendapati wanita yang memiliki tahap EPA dan DHA yang tinggi dalam sel darah juga berkemungkinan mempunyai otak dan hippocampus yang lebih besar, yang memainkan peranan penting untuk ingatan.

Bagi pengidap Alzheimer pula, hippocampus mula lemah sebelum muncul simptom lagi. Hasil kajian mendapati bahawa asid lemak omega 3 yang tinggi juga akan membantu melewatkan penuaan dan dementia.

Selain itu, diet yang kurang pengambilan asid lemak omega 3 akan membantu mempercepatkan penuaan dan kehilangan memori dan kemampuan berfikir. Berikutan itu, untuk memastikan otak sihat sepanjang tahun, kita perlu mengekalkan kadar EPA dan DHA yang cukup dalam tubuh.

Tiada Lagi Sendawa Ikan

Walaupun menyedari akan kebaikkan dan khasiat minyak ikan, masih ramai yang tidak suka mengambilnya setiap hari kerana rasa hanyir ikan selepas memakannya atau tidak selesa dengan sendawa yang menghasilkan rasa ikan daripada kebanyakkan zat tambahan yang ada dipasaran.

Sesetengah orang tidak suka rasa hanyir dan baunya, sementara sebahagiannya rasa malu apabila mengeluarkan sendawa yang berbau ikan ketika berkumpul bersama teman-teman. Menyedari  dan memahami masalah itu, terdapat jenama zat tambahan yang menghasilkan minyak ikan tanpa bau dan rasa hanyir juga tidak menghasilkan sendawa yang kurang menyenangkan.

Pengambilan Omega Guard dari Shaklee setiap hari adalah cara yang terbaik untuk memastikan anda mendapat omega 3 yang cukup dalam sistem tubuh  tanpa perlu bimbang akan rasa hanyir ikan dalam mulut atau nafas atau sendawa selepas mengambilnya.

Berminat utk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
019 5959640 (wassapp/telegram)
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb Page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir


19 ulasan:

  1. Sesiapa saja boleh ambil omega kerana ia sangat-sangat membantu tambah-tambah lagi bagi mereka yang ada masalah kesihatan.

    BalasPadam
  2. Omega mmg best...anak sue byk sgt akal nyer skrg.jom grab omega bln nie.rugi tau xcuba dulu.

    Supplement Shaklee Bukan Ubat

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa tengah promosi ni lah kena order banyak2 boleh buat stok...

      Padam
  3. Anak-anak saya suka sangat dengan Omega ni.. siap boleh kunyah lagi.m mak nye yang ngeri tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jenis anak yang suka pada supplement ni ibu2 tak payah paksa dah, dengan rela hati dia makan kan.

      Padam
  4. Mmg ada kajian kenapa org pantai timur bijak bijak, sebab banyak makan budu yang tinggi omega3. Kita yang jarang makan budu ni kena up omegaguard la hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahu pulak makan budu boleh jadi cerdik pandai...klu macam tu hujung bln ni blk kpg nak borong budu banyak2 lah nak blk jual kt perak...hihihi

      Padam
  5. Kalau macam tu nak pindah p pantai timur jugaklah. Hari2 nak makan budu.hihii

    TERSEKSA SEBAB BUASIR

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi....jom huda hujung bln ni ikut saya blk kpg kita pakat borong budu banyak2..

      Padam
  6. Jadilah pengguna bijak. 1 kapsul omega sahaja mampu membekalkan EPA/DHA sehingga 330mg. Banyakkan?

    BalasPadam
  7. Omega ni ssuai utk semua golonngn.. Dari anak2 sampailah ke datuk Nenek.. Borong Bulan ni, kongsi 1 family.. Mmg berbaloi..
    Baik utk fungsi otak, kolestrol, baik utk kawal penyakit kardiovaskular dll.. Mmg Byk khasiat dlm 1 pil..
    SELENIUM BOLEH MEMBANTU MENGELAKKAN LELAKI DARI MANDUL

    BalasPadam
  8. Promosi Omega ada lagi tau..jom beli sebelum promosi habis..

    Jom Baca: Petua Kulit Kering Dan Menggelupas

    BalasPadam
  9. ida ambil omega guard masa menyusukan anak, masa anak usia awal 1 tahun.. nampak perubahan pada dia, cepat bercakap, bnyk akal dia.. kalau demam atau batuk pon cepat baik..

    BalasPadam
  10. Semua pun boleh ambil omega..memang terbaik...dah la bulan ni promo omega..memang rugi kalau tak grab ;)

    BalasPadam
  11. Omega guard memang bagus untuk kecergasan minda, seawal umur 1 tahun boleh ambil.

    BalasPadam
  12. Time hamil pun banyak urat putus..huhuhu..jadi pelupa..sebab tu perlu omega guard...baik.untuk ibu. Baik untuk bayi

    Persediaan Sebelum Bersalin : Cara Meneran Yang Betul

    BalasPadam