Selasa, 6 Januari 2015

Gurau Senda Pengerat Hubungan Suami Isteri



Hubungan suami isteri adalah ikatan murni yang perlu dijaga dengan baik supaya kekal bahagia sepanjang masa. Kebahagian membuatkan hubungan ini nampak penuh dengan kasih sayang dan sangat romantik sekali.



Tidak dinafikan dalam kehidupan sepasang suami isteri ada ketikanya dilanda cabaran dan dugaan. Cemburu, marah, geram dan perselisihan faham antaranya., tetapi dengan cara menanganinya adalah factor utama untuk mengelakkan perasan negative terus bercambah dan bersarang dalam hati.

Salah satu untuk cara menangani amsalah rumahtangga ialah wujudkan suasana ceria melalui gurau senda. Jika terlalu tegas antara satu sama lain, bimbang wujud suasana stress dalam rumahtangga serta membosankan.

Ia juga sebenarnya elok jika dimulakan sejak dari awal perkahwinan. Biarlah nampak pelik pada awalnya namun jika dicuba setiap hari lama kelamaan akan menjadi biasa.

Aspek Penting Ketika Bergurau

Walaupun bergurau senda kelihatan seperti perkara remeh namun di sebalik hal itu tetap ada peraturannya. Jangan nanti dek kerana bergurau keterlaluan, akan ada hati yang terguris.
Maklumlah ketika bergurau ada kala kita terlepas cakap atau mentertawakan keadaan seseorang yang dianggap lucu. Hal ini boleh menyebabkan ada hati yang terasa tanpa sedar.

Perkara Sensitif Perlu Dielak Ketika Bergurau

Bentuk tubuh seperti gemuk, kulit gelap, pendek atau kecacatan anggota badan. Tidak mustahil mereka menganggap gurauan itu sebagai penghinaan.

Kisah rumahtangga seperti perceraian atau poligami. Jika suami atau isteri yang pernah bercerai sebelum berkahwin dengan anda, usahlah diungkit atau jadikan hal itu sebagai salah satu gurauan. Perceraian atau poligami bukanlah isu yang boleh dijadikan bahan ketawa.

Hal dalam kelambu antara anda dan suami. Satu lagi isu sensitif yang tidak boleh dijadikan bahan gurau gurauan ialah hal hubungan intim antara kita dengan pasangan kita sahaja.

Biarlah anda  berdua sahaja yang tahu bagaimana hebat atau lemahnya pasangan anda ketika berasrama. Hal ini boleh dibawa berbincang tetapi bukan dijadikan bahan bergutau apatah lagi bersama rakan-rakan.

Semakin lama usia perkahwinan, mungkin tahap berasmara pasangan anda semakin merosok. Jika dijadikan isu, hal ini boleh menyebabkan pasangan terasa hati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan