Jumaat, 9 Januari 2015

Makanan Sihat Untuk Berat Badan Yang Ideal



Ingin makan banyak tapi tetap nampak langsing? Caranya pilihlah makanan yang tinggi serat, mengandungi protein dan lemak sihat serta tinggi kadar airnya.

Kebanyakkan makanan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Mari baca mengenai 10 makanan yang dapat menjaga berat badan ideal anda:

Epal

Epal merupakan contoh serat yang mudah dicerna untuk memerangi kolestrol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C. Epal mengandungi quecertin dan plavanoid yang boleh mencegah penyakit kanser. Bagi mendapat hasil yang maksimum, makan epal berserta kulitnya setelah dibersihkan.


Kacang merah


Kacang merah memiliki kandungan serat, protein, zat besi, fosfor, magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang merah dalam salad dan sup untuk menambah kelazatan dan kebaikkan dalam makanan anda.

Salmon


Sebahagian besar jenis ikan dan makanan lauk merupakan pilihan yang sihat. Namun, salmon adalah ikan yang paling baik dengan kandungan protein serta asid amino dan tinggi omega 3. Selain itu, salmon juga rendah kolestrol.


Badam


Badam kaya dengan serat dan protein, juga bagus untuk sumber zat besi, magnesium, dan vitamin E. makanlah badam mentah atau yang sudah diolah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Hindari badam yang sudah diletakkan garam dengan banyak atau diolah dalam bentuk makanan manis kerana ia tidak elok untuk proses diet anda.

Blueberi


Blueberi kaya dengan serat, vitamin C dan antioksidan. Jenis beri lain juga boleh dijadikan pilihan kerana ia mempunyai kelebihan yang sama. Ia perlu dimakan ketika masih segar atau ditambahkan dengan yogurt, bijirin dan salad.

Brokoli


Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium serta vitamin A dan C. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, jangan terlebih masak dan hindari memakai sos serta keju berlebihan.


Gandum


Gandum kaya dengan vitamin B3, thiamine atau vitamin B1, zat besi serat dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda.

Bayam


Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya dengan zat besi, megnasium serta vitamin A dan C.

Ubi


Ubi kaya dengan vitamin. Dalam ubi terkandung vitamin A, B, C, dan E. Selain itu, ubi rendah kalori, khususnya jika dipanggang atau dimasak tanpa gula.

Soya

Soya mengandungi omega 3, kalsium dan zat besi. Makanan ini popular untuk vegetarian. Selain dimasak biasa, soya juga boleh dinikmati dalam bentuk tauhu, susu atau tempe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan