Sabtu, 10 Januari 2015

Berhenti Bersenam Apabila Muncul Tanda Bahaya





Bersenam semasa hamil mempunyai banyak faedah. Otot-otot anda kekal kuat dan fleksibel, menenang dan melegakan ketidakselesaan serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk anda badan asal sebaik bayi di lahirkan.

 Namun, anda tidak boleh memaksa diri. Keseluruhan badan anda sedang mengalami perubahan. Pusat graviti anda berubah, berat badan sudah bertambah dan juga cepat rasa letih.

Berikut adalah tanda bahaya ketika bersenam:

Pening

Pening berlarutan lebih daripada beberapa ketika. Jika ibu hamil mengalami sakit kepala atau jantung berdebar-debar pada masa yang sama pening, ia bermaksud yang anda tidak mempunyai zat besi yang cukup didalam darah (anemia).

Jantung Berdebar

Jika ibu hamil berasa janggal, rasa bergetar-getar di dalam dada, anda mungkin bersenam terlalu kuat. Perlahankan secara beransur-ansur dan kemudian berhenti.

Keluar Cecair Daripada Faraj
 
Ada kemungkinan membrane anda telah pecah. Sesetengan cecair amnion (air ketuban) yang mengelilingi bayi anda di dalam uterus (Rahim) mungkin bocor. Mungkin mudah untuk terkeliru di antara cecair ini ataupun air kencing yang keluar semasa anda bersenam, apapun dapatkan pemeriksaan dari doctor.

Loya Dan Muntah

Jika anda berasa loya atau muntah semasa bersenam, ini menandakan anda bersenam terlalu kuat, juga bermaksuk kandungan gula dalam darah menjadi rendah atau mungkin anda mengalami tekanan darah rendah.

Perubahan Suhu Badan

Jika tangan anda menjadi melekit atau berasa panas atau sejuk, ini mungkin badan anda mengalami kesukaran mengawal suhu dalaman, ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Bada ibu hamil dengan sendirinya cuba menurunkan suhu badan dengan mengalihkan peredaran darah yang sepatutnya mengalir ke permukaan kulit tapi sebaliknya mengalir ke uterus.

Bengkak

Kaki dan tangan menjadi bengkak sedikit selepas bersenam tapi jika ia lebih teruk daripada biasa di wajibkan berjumpa doctor. Ia boleh menjadi tanda preaklampsia. Keadaan ini berlaku apabila tekanan darah meningkat dan badan menyimpan banyak cecair. Ia menghalang bekalan darah ke plasenta jika tidak di rawat ia mungkin membahayakan kandungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan