Isnin, 24 November 2014

Atasi Kebimbangan Hamil Selepas Keguguran







Sesetengah ibu pernah mengalami beberapa kali keguguran. Setiap kehamilan hanya mampu bertahan satu hungga dua bulan sahaja. Peristiwa ini boleh membuatkan ibu berasa ragu untuk mengandung sekali lagi. Adakah semuanya berjalan dengan baik?  Apakah peluang hamil lagi semakin nipis? Bermacam-macam soalan bermain difikiran seorang ibu.

Peluang mengandung semula setelah mengalami dua kali keguguran adalah lebih kurang 77 peratus. Bandingkan dengan peluang hamil dan menimang anak jika tidak pernah gugur. Ia adalah 80 peratus (bukan 100 peratus). Lihatlah, tidak banyak berbeza peratusannya. Ini merupakan berita baik kepada ibu-ibu di luar sana yang pernah mengalami keguguran.

Walau bagaimanapun, jika gugur tiga kali atau lebih, ini dinamakan sebagai habitual miscarriages. Kes-kes yang seperti ini memerlukan pemeriksaan lebih rapi untuk membolehkan doctor mengetahui mengapa kes keguguran berlaku  tiga kali berturut-turut. Kemungkinan yang berlaku adalah disebabkan oleh masalah:

Anatomi
Struktur Rahim yang tidak normal disebabkan oleh fibroid, bicornuate uterus atau serviks yang lemah (cervical incompetence).

Masalah darah
Masalah yang selalu dibincangkan oleh doctor ini dikenali sebagai antiphospholipid syndrome, di mana wanita-wanita yang mengalami masalah ini sering mengalami keguguran akibat sindrom tersebut.

Genetik
Wanita yang usianya melebihi 35 tahun dikatakan mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat bayi dengan masalah genetik. Jika ini berlaku, masalah keguguran selalunya terjadi.

Hormon/endokrin
Wanita yang mempunyai penyakit kencing manis dan tiroid juga senang gugur. Oleh itu, anda bolehlah mencuba untuk hamil semula jika sudah bersedia. Semoga dengan kehamilan ketiga, anda dan suami, dianigerahkan seorang cahaya mata menyerikan keluarga.

Tips Kekal Positif

Fikirkan Hari Ini
Apabila anda mula berasa runsing tentang masa depan, hentikan dan fikirlah tentang hari ini sahaja.

Selidik Apa Yang Berlaku
Ketahui punca anda mengalami keguguran. Masalah ini mungkin tidak akan berlaku sekali lagi jika dapat dihindari.

Cuba Bertenang
Keadaan relaks mungkin membantu anda berfikir dengan tenteram tentang bayi. Elak terkenang tentang bayi yang telah gugur. Justeru, gunakan masa ini untuk menyayangi bayi dalam kandungan. Amalan bercakap dengan bayi dapat membantu proses menjalin ikatan antara anda berdua.

Cari Supplement Untuk Bantu Kuatkan Rahim


>cuba amalkan ESP dari Shaklee, ESP merupakan protein soya yang sangat membantu menguatkan rahim.
>bagi ibu yang pernah keguguran, ESP membantu mengelakkan keguguran berulang selain berupaya membentuk janin dengan sempurna dan sihat.
>ESP sememangnya dicadangkan untuk wanita hamil dan yang merancang untuk hamil, juga untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan bagi meningkatkan tahap kesuburan mereka.


Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

14 ulasan:

  1. Pertama kali gugur agar sukar eterima kenyataan..sekarng tgh berusaha untuk daptkan baby dalma masa terdekat..

    Multivitamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar ya niny...insyaallah rezeki akan berpihak pada mereka yang berusaha.

      Padam
  2. Sabar ya niny..mungkin ada hikmah sebaliknya. ESP memang terbaik utk kuatkan rahim.

    Jom baca >>> Isyarat Kontraksi Awal. Ikuti Tips Kekal Selesa Semasa Braxton Hicks

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Jas...mungkin ada hikmah, Allah nak bagi yang lebih baik lepas ni

      Padam
  3. ESP membantu ibu hamil menguatkan rahim dan juga minuman pemberi tenaga di kala ibu mengalami morning sickness yang teruk

    SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

    BalasPadam
    Balasan
    1. ESP memang terbaik kan Nik...boleh bantu wanita yang ada masalah kesihatan.

      Padam
  4. Sedih kan bila keguguran. tapi kak tun belum pernah alamai. tapi sangat mengerti perasaan tu... kita sama2 wanita... sedih tu mesti...

    Mengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?

    BalasPadam
  5. Masa 1st trimester memang kena jaga. Amalkan esp setiap hari in sya Allah membantu. Selain tu jangan lupa vitamin lain ye macam b complex dan multivitamin..

    http://jommsihatdancantik.blogspot.com/2014/11/kerana-terdesak-ubat-diet-pun-ubat.html

    BalasPadam
  6. Selain amalkan suplemen, pemikiran positif juga harus kuat. Moga tabah niny dan teruskan usaha. InsyaAllah akan dikabulkan

    BalasPadam
  7. Pernah keguguran.. Jangan biar down lama-lama. Ada hikmah yang berlaku.

    Tips Kebahagiaan Rumahtangga

    BalasPadam
  8. Tak pernah gugur..tp amalkan esp utk kuatkan rahim

    BalasPadam
  9. mari sama-sama kita amalkan esp,bukan sahaja boleh kuatkan rahim,malah membantu kulit lebih cantik

    BalasPadam
  10. ida ada seorang customer yang sebelum ini beberapa kali mengalami keguguran.. Alhamdulillah lepas dia amalkan esp, sekarang dia tengah menunggu masa untuk melahirkan..

    BalasPadam
  11. InyaAllah... jgn putus asa.. pasti ada rezeki lagi...

    BalasPadam