Selasa, 25 November 2014

Ketahui Kepentingan Kalsium



Kalsium penting kepada proses perkembangan kanak-kanak. Namun begitu, individu dewasa juga memerlukan sumber kalsium yang mencukupi agar tubuh sihat.

Bagi yang ‘’alah’’ pada produk tenusu hingga tidak boleh meminum susu, tidak perlu risau kerana susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium. Apa yang penting, anda perlu rajin untuk mencari maklumat mengenainya.

Berikut antara sumber makanan yang membekalkan anda sumber kalsium yang baik dan bermanfaat kepada kesihatan tubuh.

1.       Keju


Keju merupakan makanan yang berasaskan daripada susu. Keju memiliki hamper semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, lemak dan juga kolestrol. Namum harus di ingat keju boleh menyebabkan gangguan kesihatan jika di ambil dalam kadar yang berlebihan.

2.       Yogurt


Yogurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis susu termasuklah juga kacang soya. Yogurt antara makanan yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi.

3.       Sayuran hijau


Pasti ada yang pelik apabila mengetahui sayuran hijau mempunyai kandungan kalsium. Percayalah bahawa sayuran hijau terutamanya brokoli dan juga bayam adalah sayuran hijau yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi.

4.       Kacang soya


Kacang soya mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, jika anda merebus secawan kacang soya tanpa dicampurkan dengan garam, ia boleh menghasilkan sehingga 261mg kalsium. Selain itu, dengan meminum susu soya juga dapat memberikan anda sumber kalsium yang bermanfaat.

5.       Salmon


Seperti sudah ketahui ikan salmon kaya dengan lemak sihat dan juga protein. Namun tahukah anda bahawa seiris ataupun sepotong ikan salmon mengandungi kandungan kalsium yang tinggi iaitu 181mg kalsium.

6.       Badam


Badam diperkaya dengan vitamin E. ia juga mengandungi 70 – 80mg kalsium. Jadi dengan cara mengambil badam sahaja anda juga mampu mendapat sumber kalsium yang diperlukan oleh badan.

7.       Kubis


Kubis dikategorikan sebagai sayur-sayuran berbentuk buah-buahan. Dalam setiap hidangan, ia lebih bermanfaat daripada segelas susu. Jadi lebihkan sayuran ini dalam setiap hidangan anda.

Manfaat Kalsium Bagi Tubuh Kita

Ada beberapa manfaat kalsium kepada kesihatan kita

Ø  Mengaktifkan saraf
Ø  Melancarkan peredaran darah
Ø  Melenturkan otot
Ø  Menstabilkan tekanan darah
Ø  Menjaga keseimbangan cairan tubuh
Ø  Mencegah osteoporosis
Ø  Mencegah penyakit jantung
Ø  Menurunkan risiko kanser usus
Ø  Dapat mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang dan reumatik
Ø  Meminimumkan  penyusutan tulang ketika hamil dan ketika menyusu
Ø  Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
Ø  Memulihkan ghairah seks yang menurun dan lemah
Ø  Mengatasi masalah kencing manis

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
FB: Rohani Husna Nazir

14 ulasan:

  1. kalsium penting utk gigi dan tulang terutamanya..saya ambik ostematrix sebagai pengganti susu

    SET SLIMMING PUJAAN HATI

    BalasPadam
  2. Kaum ibu kebanyakkannya tak berapa nak kisah sangat perihal kalsium. Tambah2 bagi wanita yang punya susuk tubuh yang kecil. Haa..lagi la kena amalkan pil kalsium nie..

    Mata pun perlulah di jaga ye. Nak guna sepanjang hayat kita. Pada yang belum mencuba, anda pasti tak menyesal.

    JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

    BalasPadam
  3. Kalsium memang penting untuk kesihatan wanita terutamanya ketika hamil dan menyusukan anak. Ostematrix dengan Magnesium dan Vitamin D amat bagus diamalkan untuk kesihatan tulang dan gigi.
    Terlalu Kurus? Jom Tambah Berat Badan

    BalasPadam
  4. Kalsium diperlukan untuk sendi dan tulang kita. Jika anda tak suka minum susu, anda boleh ambik 4 biji Ostematrix setiap hari untuk keperluan kalsium dalam badan anda.

    rawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk

    BalasPadam
  5. Sumber kalsium yang lengkap untuk keperluan harian dengan ostematrix

    Panduan Untuk Si Manja minum guna cawan

    BalasPadam
  6. suka keju.. kalsium memang sangat penting bagi wanita terutama bagi wanita yang menyusukan anak.. tak nak gigi rongak, amalkan pengambilan kalsium secukupnya setiap hari.. boleh juga amalkan ostematrik yg mengandungi kalsium yang cukup untuk keperluan tubuh kita..

    8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

    BalasPadam
  7. Saya ambil Ostematrix..Bak ambil susu hari2 Blm ckup lengkap kperluan.. Pentingnya kalsium utk tulang kita.. Mesti tak nak.. Msih muda Tpi dah sakit blakang dan sebagainya..
    Jom Join Segmen Blogwalking!!

    BalasPadam
  8. Sy suka susu dan cheese utk sumber kalsium..tp ada masa selalu skip.maybe dh tiba masa utk oste supaya tulang dan gigi makin kuat dengan peningkatan umur yg bertambah

    BalasPadam
  9. Walaupun kita mkan makanan berkhasiat, kdg blum tentu mencukupi. Oleh itu, anda di galakkan untuk mengambil ostematrix sbgai makanan tambahan.

    Jom baca >>> Sudahkah Anda Menjalani Ujian Pap Smear?

    BalasPadam
  10. Info menarik, baru saya tahu sayur kubis selain bayan pun banyak kalsium. Thanks for the info

    BalasPadam
  11. Kalsium sangat penting. Lagi perempuan memang cepat alami kerapuhan tulang. Sebab tu kena rajin minum susu. Kalau malas sangat boleh ambil ostematrix :) ngap je!

    BalasPadam
  12. Kita kan dah banyak hilang kalsium seriring dengan pertambahan usia. Jadi, cepat2 dapatkan supplemen yang boleh bantu kita ye...

    Cara Meningkatkan Selera Makan Anak-anak Agar Suka Makan Makanan Berkhasiat

    BalasPadam
  13. Kalsium sgt penting dlm tubuh badan... amalkan makanan yg ada sumber kalsium... kalau xcukup... ambil supplement yg sesuai

    BalasPadam