Jumaat, 12 Disember 2014

Penyusuan Secara Eksklusif Cabaran Buat Ibu Bekerja




Kebanyakkan ibu bekerja menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kekhuatiran tidak dapat menyusukan bayi secara eksklusif. Jangan khuatir wahai ibu. Ketahui dulu cabaran yang mungkin anda hadapi dan temui penyelesaiannya.

Cabaran 1
Pekerjaan menuntut anda untuk seharian berada di luar pejabat, bekerja lebih masa atau memerlukan anda bergerak lebih aktif. Ini tentunya menyukarkan anda untuk memerah susu ibu.
Penyelesaian:
1. Manfaatkan teknologi komunikasi untuk menggantikan pertemuan wajah dengan rakan sekerja.
2. Jika anda tetap perlu keluar pejabat, bawa kelengkapan pam dan cari tempat khusus untuk menjayakan sesi pemerahan.
3. Bekerja lebih efisien supaya anda tidak perlu bekerja lebih masa.
4. Jika terpaksa, siapkan tugas anda di rumah sahaja.

Cabaran 2
Anda harus berada di luar kawasan (outstation)
Penyelesaian:
1. Melakukan pertukaran tugas dengan rakan sekerja. Ini memerlukan persefahaman daripada mereka.
2. Bawa bayi beserta pembantu.
3. Pilihan terakhir ialah anda meninggalkan bayi tetapi harus memastikan stok susu anda mencukupi selama anda berada di luar kawasan. Anda harus tetap memerah susu dan simpan di dalam beg penyejuk atau peti sejuk.

Cabaran 3
Tekanan di tempat kerja. Banyak perkara yang boleh menjadi pencetus tekanan di tempat kerja. Jika anda ibu yang menyusu bayi, tekanan akan memberi kesan kepada penghasilan susu.
Penyelesaian:
1. Jangan terlalu melibatkan emosi dalam pekerjaan. Jika sensitif terhadap kata-kata atau sikap orang lain, sebaliknya terus fokus bekerja.
2. Berfikiran positif dan berdisiplin agar pekerjaan dapat diuruskan dengan segera.
3. Cipta suasana yang membuatkan anda selesa seperti meletakkan tanaman, ikan hiasan dan juga gambar baby anda.

Cabaran 4
Di tempat kerja anda tidak mempunyai ruang menyusu yang sesuai.
Penyelesaian:
1. Jadikan ruang kerja anda sebagai tempat mengepam. Jika terdapat ramai pekerja lelaki, gunakan kain sebagai pelindung. Paling utama anda berasa selesa.
2. Minta kebenaran ketua untuk menggunakan bilik kecil, stor atau surau untuk tujuan tersebut. Bersihkan ruang tersebut dari kotoran.

Cabaran 5
Jarak rumah/ rumah pengasuh dengan tempat kerja yang terlalu jauh dan memakan masa yang lama dalam perjalanan. Bagaimana jika payudara anda bengkak ketika itu? Mungkin juga anda bimbang susu perahan rosak.
Penyelesaian:
1. Berhenti di tempat yang sesuai untuk anda melakukan sesi pemerahan.
2. Dapatkan beg penyejuk yang sesuai, bergantung pada bilangan botol yang di gunakan.

Walau apa pun halangan dan kesulitan yang anda hadapi, jangan pernah mengalah untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi. Fokus dan dapatkan sokongan daripada insan-insan terdekat.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

9 ulasan:

  1. Betul..banyak cabaran bila ibu bekerja tp stil nak berikan baby susu ibu.sy lihat sendiri rakan2 sekerja lain berhempas pulas nak bg yang terbaik pada bayi.jika ada masa je,trus mengepam. Memang kena curi2 masa dan kena ada kerjasama dr rakan sepejabat

    BalasPadam
  2. Saya juga seorg ibu bekerja.. dan masih menyusukan... anak berumur setahun 11 bulan... set shaklee sgt membantu...

    BalasPadam
  3. mental kena kuat. set nyusu dari shaklee in sya Allah dapat membantu

    JommSihatDanCantik -> LUAHAN HATI SEORANG BAYI

    BalasPadam
  4. mmg banyak cabaran..tetapi hendak seribu daya..alah tegal biasa

    BalasPadam
  5. Susu ibu adalah terbaik untuk bayi kita..elakkan kan alasan bekerja untuk tidak memberikan susu ibu kepada bayi.ramai juga ibu yang bekerja, tapi masih dapat menyediakan stok susu ibu untuk anak.Kenapa kita tidak?

    BalasPadam
  6. alhamdulillah saya boleh menyususkan baby tanpa harus memerah atau pump susu sebab saya adalah suri rumah sepenuh masa. Berikanlah susu yang terbaik seperti susu ibu kepda anak-anak anda, walaupun bekerja anda masih boleh memberikannya.


    Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

    BalasPadam
  7. Kawan saya memeng akan bawa kelengkapan pam ke tempat kerja sehingga la dia terpaksa outsation ke austarlia jadi semua tu dia angkut pergi..kos untuk bwa balik susu terpaksa ditanggug demi susu untuk anak...

    Tips Awet Muda

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Dengan adanya ilmu dan gadjet yang sesuai, ibu-ibu bekerjaya juga mampu menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Yang penting adalah niat dan keazaman serta disiplin yang kuat untuk mengepam secara sistematik di tempat kerja.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam