Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang dihidapi
oleh ramai orang. Punca migrain ada pelbagai, mungkin hanya kerana bunyi bising
maka migrain akan menyerang, boleh juga kerana cahaya. Migrain dikategorikan sebagai
sakit kepala sebelah, berdenyut dan paling dasyat apabila membawa kepada mual, dan
muntah yang teruk.
Teringat masa mula-mula kahwin 12 tahun yang lalu suami seorang pengidap sakit migrain, migrain suami datang dengan tiba-tiba mulalah episod duka buat suami dalam masa satu hari. Apa yang dia makan semua akan keluar,langsung tak nak bersembang, tidur sepanjang hari.
Teringat masa mula-mula kahwin 12 tahun yang lalu suami seorang pengidap sakit migrain, migrain suami datang dengan tiba-tiba mulalah episod duka buat suami dalam masa satu hari. Apa yang dia makan semua akan keluar,langsung tak nak bersembang, tidur sepanjang hari.
Tidak dinafikan migrain menyebabkan pengidapnya tertekan terutama jika ia kerap menyerang dan sekaligus boleh menjejaskan rutin harian kerana rasa sakit. Sekiranya anda pengidap migrain dan mahu mencari kaedah semulajadi mengurangkan masalah ini makanan berikut boleh diamalkan.
Brokoli
Biasanya migrain akan menyerang apabila tubuh mula mengalami
kekurangan magnesium dalam tubuh. Ketika ini sel-sel migrain akan mula aktif.
Brokoli mampu membantu menyeimbangkan kekurangan magnesium dalam badan sekali
gus menghindari serangan migrain.
Yogurt
Yogurt ataupun susu masam diakui mempunyai khasiat vitamin B
yang bermanfaat untuk kesihatan dan fungsi tubuh agar berfungsi dengan baik.
Vitamin yang dikenali sebagai riboflavin ini berperanan untuk menambah tenaga
dan dapat meredakan rasa sakit dibahagian kepala.
Telur
Kandungan protein yang terdapat dalam telur dapat membantu
mengawal kadar glukosa dalam darah dan seterusnya memberikan tenaga kepada
tubuh untuk menjalankan aktiviti
sepanjang hari tanpa gangguan sakit kepala. Mengambil telur separuh masak untuk
bersarapan dikatakan amat baik untuk memberikan tenaga kepada tubuh.
Bayam
Bagi wanita kedatangan haid biasanya menyebabkan tubuh kehilangan banyak
magnesium. Bayam dikenali sebagai makanan yang mengandungi kadar magnesium yang
tinggi dan juga kaya dengan mineral yang akan membantu anda mengatasi masalah
ini.
Susu rendah lemak
Minuman yang kaya dengan kalsium ini dapat membantu
mengatasi ketegangan pembuluh darah yang akan mempengaruhi transmisi implus
saraf. Apabila berlaku gangguan ia mengakibatkan kepala menjadi berat dan dada
akan berdebar-debar, jadi jangan lupa dalam setiap hidangan selitkan juga
pengambilan susu rendah lemak ini.
Selain dari makanan yang saya jelaskan diatas untuk merawat
migrain yang anda hadapi. Anda juga boleh cuba supplement dari Shaklee untuk
menghilangkan migrain anda.
Set migrain Shaklee
Ostematrix
Jika anda tidak suka pada susu boleh diganti dengan
ostematrix ni
Vitamin C
Memperbaiki masalah insomnia dan stress yang berkaitan
dengan mental
B Complex
Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung,
menggalakkan tidur yang selesa dan memperbaiki jantung yang berdebar.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir


