Jumaat, 20 Jun 2014


Khasiat Buah Kurma
 

Di dalam Quran terdapat satu kisah yg berhubung kait dengan pemakanan  buah tamar semasa mengandung iaitu didalam surah Marryam ayat 23 hingga 26. Ia berkaitan dengan kisah marryam yg menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Allah menjelaskan, ‘’Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma.

Dia berkata, ‘’ Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yg tidak bererti lagi di lupakan. Maka ‘’Jibril menyeru dari tempat yg rendah dengan berkata, ‘’Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawah mu. Dan goncanglah pangkal pohon kurma yg masak  kepada mu. Maka makan, minum dan bersenang  hatilah.’’

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yg tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gulanya di dalam telah di tukar secara semula jadi. Bermakna  apabila kita memakan kurma, tenaga yg diserap tubuh adalah serta merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakkan buah buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yg biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan