Isnin, 16 Jun 2014


SELAMAT HARI BAPA


KASIH SEORANG AYAH…KERINDUAN SEORANG ANAK


Puisi Utk Ayah
Ayah…disaat aku dilahirkan kaulah insan pertama yg paling gembira…kau peluk ku dengan kasih sayang…azan dan ikhomat dibisikkan ditelinga ku…oh ayah betapa merdunya suara mu...
Ayah…dari kecil kau menjaga ku…melindungi ku….membesarkan aku dengan sabra…kau bekerja siang dan malam mengalir keringat mencari rezeki demi memberi ku sesuap nasi…di depanku kau sentiasa mengukir senyuman…tapi ku tahu dalam hati tersimpan beribu kesengsaraan.
Ayah…
Setiap hari ketika fajar hendak melabuhkan tirainya….aku menunggu kepulangan mu….mungkin ada sedikit buah tangan yg akan di bawa pulang oleh mu…tetapi harapan ku tak pernah hampa…kau tetap membawa buah tangan walaupun ianya sedikit kuih yg di beri orang…tetapi aku tetap gembira.
Ayah….
Disaat aku terlantar sakit di landa musibah…kaulah orang yg sentiasa disisi ku…aku dapat rasakan jari jemari mu membelai lembut rambur ku membuatkan aku lebih bersemangat utk sembuh…tetapi ayah…maafkan aku…aku telah banyak melakukan khilaf…
Ketika kau sedang terbaring menahan kesakitan aku tiada disisi mu…tiada jari jemari ku yg membelai rambut mu…ada sesekali kau menyebut memanggil nama ku tapi tidak aku endahkan dan aku hanya bertanya kan khabar melalui corong talian…sekian lama kau terbaring menahan kesakitan kerana menahan segala ujian dari ALLAH…Tetapi kau tetap sabar….
Ayah…
Kini kau telah tiada lagi…telah pergi mengadap ilahi…bulan 6/2006 sejak dari tanggal itutidak dapat aku mendengar lagi suara…senyuman mu…sentuhan jari jemari mu serta panggilan buat mu…
Ayah…maafkan aku anak berdosa ini….
Ya Tuhan ku…ampunilah segala dosa ayah ku…tempatkanlah dia disamping orang-orang yg beriman…masukkanlah ayah ku ke dalam syurga mu…kasihanilah dia yg telah menjagaku sehingga aku dewasa…Ya Tuhan ku…amin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan