Khamis, 4 September 2014

Khasiat buah delima utk ibu hamil


DELIMA BAIK UTK WANITA HAMIL
 
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima atau nama botaninya Punica granatum telah di tanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di Lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit utk delima.
Pokok delima adalah sejenis pokok kecil  yg memiliki ketinggian kira-kira sehingga lima meter. Kulit pokok delima berwarna coklat perlahan, pokoknya memiliki tunas berwarna merah dan putik muda. Daunnya jenis kecil, terletak bersebelahan, berkilat dan berwarna hijau. Buah delima berwarna jingga kemerahan. Buah delima memiliki mahkota dan kaliks serta mengandungi biji yg terletak di dalam kantung.
Bahagian delima yg digunakan adalah buah. Selalunya buahnya dimakan mentah ataupun di jadikan jus utk diminum. Namun begitu, kebanyakkan fitokimia boleh ditemui di dalam kulit buah delima. Akar dan kulit pokok delima juga turut di gunakan utk tujuan perubatan.
Jus ekstrak buah delima dikatakan sumber yg kaya dengan polifenol, bahan kimia tumbuhan yg menghasilkan rasa dan warnanya. Polifenol juga merupakan antioksidan dan ini bermakna ia mampu membantu melindungi sel-sel daripada rosak dan boleh merendahkan inflamasi dalam tubuh. Buah delima juga dikatakan tinggi vitamin C. Sebiji buah delima dikatakan menghasilkan kira-kira 40% vitamin yg diperlukan utk setiap hari.
MERENDAHKAN KOLESTROL
Disebabkan kandungan antioksidan dan zat yg tinggi, ada yg percaya jika kerap meminum jus buah delima dikatakan boleh mencegah kanser. Sebenarnya tidak terdapat bukti spesifik mengenai perkara ini. Tetapi dalam tiub ujian, ekstrak jus daripada buah, kulit dan minyak buah delima dikatakan mampu memperlahankan penghasilan semula sel-sel kanser dan boleh mempercepatkan kematian sel-sel kanser.
Pengambilan jus delima juga dikatakan mampu membantu merendahkan kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL utk memperbaiki kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.
Minum jus delima dikatakan mampu menaikkan selera makan, membantu masalah pencernaan, menentang buasir, loya, diarea dan disenteri. Jus delima juga baik sebagai julap sembelit. Bagi mereka yg mengalami masalah anemia, kandungan tinggi besi dalam buah delima dikatakan akan meningkatkan tahap haemoglobin dalam darah. Minum jus delima juga dikatakan mampu mengurangkan keradangan, merangsang peredaran darah dan membantu mengurangkan berat badan.
Kandungan tinggi niasin, asid folik, kalium, kalsium, vitamin C, besi dan serat dalam jus buah delima dikatakan mampu mengekalkan kesihatan wanita hamil dan menggalakkan  pertumbuhan sel. Minum jus buah delima ketika hamil dikatakan mampu membantu mengurangkan kejang dan kesukaran utk tidur.
Walaupun terdapat pelbagai kajian yg mencadangkan delima baik utk tujuan perubatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

#sayapengedarshaklee
#sayamakanshaklee
Berminat utk cuba produk Shaklee atau utk tempahan
Boleh hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Msj/wassapp/telegram
019 5959640

Tiada ulasan:

Catat Ulasan