Rabu, 10 Disember 2014

Panduan Dan Tips Mudah Hamil Bersama Set Kesuburan Shaklee



Adakah saat ini yang anda tertunggu-tunggu selama ini.

 
Anda ingin hamil? Sudah tentu, itulah persoalan yang sering bermain di setiap fikiran seorang ibu. Setiap pasangan  suami isteri memang tidak sabar untuk memiliki anak namun kadang-kadang harapan tersebut hanyalah tinggal harapan saja kerana isteri anda tidak hamil.


Tips Untuk Mudah Hamil (JIKA DI IZINKAN ALLAH)

1.Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui  tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam, sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan  untuk hamil. Ada wanita yang hamil dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap’’ anda melakukan hubungan pada ‘’waktu subur’’.  Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa wanita itu subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahin – lebih tinggi.

4. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda bergerak-gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi utk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah  berada di dalam servik – Rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang di terangkan sebelumnya. Anda juga di ingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina  adalah bersifat toksik untuk sperma.

5. Buat Para Suami
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan dalam proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

6. Relaks
Setiap pasangan perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana ia stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan utk hamil.

Bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan inginkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga anda? Apa kata, saya cadangkan anda ambil supplement Shaklee iaitu SET KESUBURAN untuk membantu anda yang inginkan cahaya mata. Kita sebagai hambaAllah, hanya boleh berusaha dan berdoa, tapi kuasa Allah yang tentu kan.

Set Kesuburan Shaklee


GLA COMPLEX
*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra haid) – abdominal pain, brest pain
*Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti

ALFALFA
*Menguatkan Rahim
*Mengurangkan simptom menopos
*Menurunkan kolestrol
*Merupakan makanan alkali bagi mengelakkan jangkitan dalaman
*Membanyakkan susu badan
*Merawat keputihan bagi wanita
*Mengetatkan faraj

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
*Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukkan sel
*Protein adalah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan kepekatan telur
*ESP boleh membantu menguatkan Rahim 

B COMPLEX
*Lengkap dengan vitamin B6, B12, dan asid folic
*Mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

VITAMIN E
*Mencegah masalah kelenjar prostat
*Meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki

ZINC COMPLEX
*Menjada fungsi organ seksual
*Menjaga penghasilan hormone testosterone
*Meningkatkan bilangan sperma
*Meningkatkan pergerakkan sperma
*Meningkatkan kesihatan sperma





Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Selasa, 9 Disember 2014

Awas Penggunaan Puting Kosong Pada Si Manja




Sangat comel tatkala melihat telatah si manja yang menghisap puting kosong. Biar pun berfungsi sebagai penenang ketika si manja menangis, namun dalam masa yang sama ramai juga ibu bapa yang tidak suka bagi puting kosong pada anak-anak mereka.


 
Bimbang anak-anak akan terikat terlalu lama sehingga tidak mahu berpisah dengan puting kosong  dan juga bimbang gigi si manja akan rosak sekiranya terlalu lama menghisap puting kosong. Bagi ibu bapa yang menggunakan puting kosong pada bayi mereka, pastikan anda menekankan ciri-ciri keselamatan seperti:

1.Gunakan puting yang bersih
Dalam memastikan kebersihan yang maksimum, anda perlu bersihkan puting kosong sama seperti puting botol, apatah lagi puting kosong lagi kerap digunakan bayi anda.

2.Tukar puting sekerap yang mungkin
Sebaik-baiknya anda menggantikan puting kosong bayi dengan kerap, dan sentiasa pastikan puting tidak mempunyai kesan pecah atau berlubang yang boleh menjadi punca kuman merebak. Sekiranya berlaku tukarkan puting dengan yang baru dengan cepat.

3. Hadkan penggunaan
Ibu bapa seharus hadkan penggunaan puting kosong pada masa yang tertentu saja, takut nanti tak boleh nak dipisahkan bila si manja dah meningkat umur satu tahun.

4 .Beri apabila perlu
Sebagai langkah berjaga-jaga, cuba beri puting kosong apabila bayi anda betul-betul memerlukan puting kosong.

5. Ceraikan bila tiba masanya
Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya  sebaik-baiknya sebelum usia si manja satu tahun. Seeloknya sebelum gigi kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
 Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh  
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Isnin, 8 Disember 2014

Tips Tegangkan Kulit Wajah


Selain melakukan perawatan wajah di spa atau pusat kecantikkan, anda juga boleh merawat wajah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan alami yang kebanyakkannya terdapat didapur. Manfaatkan bahan tersebut untuk merawat kulit wajah anda agar kekal tegang dan awet muda. Lakukan secara konsisten, nikmati kebaikkan alam semulajadi.


Rahsia Lendir Lidah Buaya
Sapu seluruh wajah dan leher dengan lender lidah buaya. Biarkan sehingga ia kering, kemudian bilas dengan air sejuk. Lender lidah buaya bukan saja dapat menganjalkan kulit wajah malah ia juga melembap dan membantu mengecutkan jerawat.


Kombinasi  Putih Telur & Madu
Ambil sebiji telur ayam sebaik-baiknya telur ayam kampung. Asingkan telur kuning, ambil bahagian putih saja campurkan dengan dua sudu madu. Gaul sebati jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15- 20 minit, bilas dengan air suam. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Selain berfungsi mengekang penuaan, kombinasi bahan ini juga mencerah dan merawat resdung.


Khasiat Kulit Pisang
Gunakan kulit pisang masak. Gosok bahagian dalam kulit pisang pada wajah perlahan-lahan. Biarkan ia kering, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua hingga tiga kali seminggu, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kulit semakin cantik dan parut pula semakin pudar.

 

Jus Pegaga & Lobak Merak Rawat Dari Dalam
Pegaga dan lobak merah sangat baik untuk kesihatan serta kecantikkan, kedua-duanya kaya dengan pelbagai khasiat. Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri, amalkan minum jus campuran lobak merah dan pegaga.


Bagi anda diluar sana yang rasa malas nak buat perawatan wajah secara semulajadi ini boleh saja amalkan supplement Shaklee untuk mendapatkan wajah cantik berseri yang sentiasa kelihatan awet muda, seperti COLLAGEN SHAKLEE


SHAKLEE COLLAGEN POWDER 

Penuh dengan khasiat untuk mengekalkan keremajaan kulit kita dengan lebih berkesan lagi dan memberikan perubahan yang lebih ketara pada seluruh wajah dan badan si pengguna.

Collagen Shaklee ini semulajadi  dibuat dari sisik ikan merah. Ikan merah ini sangat bagus sebab boleh menghasilkan kolagen  yang sangat baik. Ia boleh mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit wajah.

                            pengguna setia collagen shaklee (alahai kak yani)




Kebaikkan Collagen Powder Shaklee
*anti penuaan, kurangkan kedutan, tutup liang roma yang terbuka
*melembap dan kurangkan kekeringan kulit
*mencerahkan kulit wajah
*menegangkan payudara dan pinggul
*menyuburkan rambut, kulit dan kuku
*badan jadi lebih aktif dan bertenaga
*mengembalikan keanjalan kulit wajah dan kelihatan lebih muda bermaya

Siapa yang perlukan Collagen Shaklee???

Collahen Shaklee sangat diperlukan oleh individu yang mempunyai masalah seperti:
>terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata
>penglihatan kabur
>gusi yang tidak sihat
>rambut kering dan bercabang dihujung
>liang roma besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kering
>garis halus pada leher
>kulit hilang keanjalan atau lebih kering
>kelihatan tua dari umur sebenar
>organ dalam tidak berfungsi dengan baik
>kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi
>kulit senang pecah, pudar dan kekuningan


Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Penghantaran ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Ahad, 7 Disember 2014

Manfaat Vitamin C Yang Harus Di Ketahui Umum



Hai Assalamualaikum…hari minggu yang damai hanya dimata seorang hamba Allah SWT yang kerdil seperti saya. Sunyi rasa dikala subuh makin hilang dan sekejap lagi mentari pagi akan memancar sinarnya…huhuhu…apalah…pada hal sama je seperti hari-hari yang lain…hari ini saya nak bercakap pasal Vitamin C yang sememangnya banyak manfaat yang perlu kita ketahui oleh wanita terutamanya, kebetulan pula bulan ini adalah promosi untuk vitamin C, beli 6 free 1…beli 2 dapat less 5%.

Manfaat VITAMIN C yang perlu diketahui


Beruntung bagi mereka yang gemar makan buah oren termasuklah saya sendiri…hihi. Banyak khasiat buah ini dari sudut kecantikkan dan juga kesihatan. Ini disebabkan oleh kandungan vitamin C yang tinggi didalam buah ini.
Kajian demi kajian membuktikan vitamin C antara bahan paling utama yang berkesan meningkatkan kecantikkan dan kesihatan.


Imunisasi daya tahan badan dan baik pulih luka
Dos yang betul bagi vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan tubuh terpelihara daripada bakteria, virus dan jangkitan.

Kurangkan simptom demam
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit  badan, selesema dan kesakitan. Vitamin C juga merawat alegik yang menyebabkan demam.

Antioksida
Vitamin C adalah antioksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat’’. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis iaitu penyebab penyakit jantung dan strok.

Saluran darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam vitamin C melindungi kulit dari radikal ultraunggu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Penyembuhan luka
Tubuh menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah kekurangan vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Memperbaiki tekstur kulit
Kolagen yang menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrient yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrient yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering.
Ia juga meningkatkan pembentukkan elastin yang menebal, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Meningkatkan pertumbuhan rambut
Pengambilan vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang, ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.

                                 Testimoni pengguna vitamin C Shaklee




Berminat utk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Penghantaran ke seluruh MALAYSIA
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya