Ahad, 21 Disember 2014

Bahaya Menanti Ibu Hamil Jika Tidak Pakai Tali Pinggang Keledar





Ada pendapat menyatakan wanita hamil tidak sepatutnya mengenakan tali pinggang keledar. Alasannya, boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Kebanyakkan bimbang penggunaan tali pinggang keledar akan menghalang bahagian abdomen lantas menimbulkan masalah berkaitan kehamilan.

Anggapan lain, boleh memberi tekanan berlebihan keatas perut dan juga bayi. Malah keadaan akan menjadi lebih teruk jika kemalangan berlaku.

Fakta Memakai Tali Pinggang Keledar

* Kajian membuktikan lebih selamat untuk ibu hamil memakai tali pinggang keledar kerana bahaya sedia menanti jika tidak mengambil langkah keselamatan awal.

* Pemakaian tali pinggang keledar semasa hamil mungkin tidak begitu selesa. Namun berpeganglah kepada kenyataan bahawa ia menjanjikan keselamatan untuk anda dan bayi.

* Tali pinggang keledar bukan factor menjadi komplikasi  kehamilan, sebaliknya bakal menjadi 
penyelamat anda dan kandungan sekiranya terjadi kejadian yang tidak diigini sepanjang pemanduan.

* Sehingga kini belum terbukti bahawa penggunaan tali pinggang keledar meningkatkan risiko bayi mengalami kecederaan.

* Bayi dilindungi dengan air ketuban secara tidak langsung berupaya melindungi daripada hentakan sewaktu kejadian kemalangan berlaku.

* Salah disisi undang-undang jika tidak memakai tali pinggang keledar melainkan anda memiliki surat yang disahkan oleh pakar perubatan, mengecualikan atas sebab perubatan.

Panduan Guna Tali Pinggang Keledar

* Tempatkan tali bahagian riba ke bawah bahagian abdomen dan melintangi bahagian atas paha. Jadi, ia sendat tetapi masih membuatkan anda selesa. Tali bahagian riba seharusnya tidak ditempatkan diatas perut.

* Laraskan posisi duduk anda. Tali bahagian atas akan melintangi bahu tanpa mengganggu leher.

* Tali bahagian atas seharusnya melintang tulang kolar dan berada di antara celah payudara. Ia sepatutnya berada di posisi sebegitu agar tidak mencekik leher.

* Jangan sesekali tempatkan tali bahagian atas ke belakang atau selitkannya di bawah lengan.

* Jika menggunakan kenderaan yang di sertakan dengan beg udara, kerusi tempat duduk hadapan (bahagian penumpang mahupun pemandu) perlu di tolak ke belakang agar tidak berada terlalu hampir dengan bahagian yang menempatkan beg udara.

* Tali keledar sepatutnya dipakai seketat mungkin. Oleh itu, apabila berlaku kemalangan, daya hentakkan boleh diserap oleh susuk tubuh.

* Elakkan daripada memakai pakaian tebal agar tali keledar benar-benar rapat dengan tubuh.

* Semasa memandu, pastikan anda menyesuaikan tempat duduk pemandu dan stereng dengan betul agar dapat mengawal kereta sepenuhnya.

* Pastikan anda berada dalam lingkungan selesa antara stereng dan pedal, dengan memberikan sebanyak mungkin ruang antara stereng dan bahagian atas tubuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan