Khamis, 25 Disember 2014

Vagina Tak Dijaga Dengan Baik Jangan Sampai Ditegur Suami



Assalamualaikum...hari ini saya nak berkongsi dengan anda sedikit info tentang penjagaan vagina yang saya baca dalam majalah mingguan wanita...dan juga tentang supplement yang sesuai untuk penjagaan dalaman kita sebagai wanita. Apatah lagi bagi wanita yang sudah bergelar isteri demi untuk kebahagiaan rumahtangga kita.



Sememangnya ramai wanita lupa tentang penjagaan organ intim atau vagina. Malah ada suami yang terpaksa menegur isteri tentang organ intimnya yang tidak dirawat gara-gara tidak tahan dengan bau. 
Jangan tunggu suami menegur kerana ia sesungguhnya sesuatu yang cukup memalukan kaum wanita.

Seharusnya bahagian inilah yang perlu dijaga. Malah orang-orang tua dulu pun selalu berpesan kepada anak perempuan mereka supaya menjaga bahagian ini sebaiknya selepas berkahwin dan melahirkan anak kerana fungsinya yang penting untuk kebahagian suami isteri. Jika diabaikan tak mustahil salah satu kenikmatan suami isteri terlepas.

Penekanan terhadap penjagaan organ intim ini dari dulu lagi sebenarnya ada sebabnya. Vagina memiliki potensi menjadi punca penyakit bersarang dalam tubuh kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan bahagian dubur. Maka cukup perlu menjaga kebersihan vagina dengan perawatan yang sebaiknya. Jadi bagi kaum wanita berilah perhatian khusus kepada bahagian sensitif ini.

Penjagaan Ketika Haid

* Ganti tuala wanita sekerap yang mungkin semasa haid. Darah yang keluar dan melekat pada pembalut, jika dibiarkan lama akan menjadi medium subur pertumbuhan kuman.

* Pilih tuala wanita yang sesuai agar dapat mengurangkan iritasi atau kegatalan pada bahagian kulit vagina. Hindari juga tuala wanita yang mengandungi pewangi kerana bagi yang berkulit sensitif, bahan kimia yang digunakan di dalamnya akan membuatkan vagina menjadi gatal.

* Penggunaan pantyliner setiap hari sangat tidak digalakkan kerana selain dapat menyebabkan jangkitan kulat ia juga menghalang peredaran udara pada bahagian vagina. Sekiranya terpaksa menggunakannya ganti pantyliner sebaik membuang air kecil dan membuang air besar. 

* Jangan lakukan hubungan seks ketika haid kerana saat ini dinding Rahim cukup lembut hingga boleh menyebabkan luka.

Amalan Setiap Hari

* Semasa membersihkan vagina bilas dari arah depan ke belakang, bukan sebaliknya. Amalan ini wajib dilakukan untuk menghindari kuman.

* Jaga organ intim agar tidak lembap. Setelah buang air kecil basuh dan lapkan dengan tisu sehingga kering. Selain itu pakai seluar dalam yang serap peluh seperti seluar dalam yang diperbuat  dari kain kapas.

* Ganti seluar dalam sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari apatah lagi jika cuaca panas. Hindari mengenakan seluar dalam yang lembap kerana ia memberi peluang pertumbuhan kulat.

* Bagi yang bertubuh besar, perhatian lebih harus diberikan pada bahagian ini agar tidak lembap. Kuman mudah hidup di lipatan kulit yang lembap sehingga berpotensi menyebabkan ruam dan gatal-gatal.

* Semasa menjemur seluar dalam yang dibasuh, jemurlah dibawah sinar matahari untuk membunuh kuman. Jangan hanya diangin-anginkan.

* Hindari memakai bedak pada vagina kerana partikel halus yang terkandung dalam bedak mudah sekali terselit di dalam vagina dan boleh mengakibatkan timbulnya kulat dibahagian sensitif itu.

* Jangan memakai seluar dalam atau jean yang terlalu ketat. Peluh adalah ‘santapan’ bagi kulat di bahagian vagina. Jika anda ingin juga mengenakannya, pastikan anda tidak memakainya seharian. Segera ganti pakaian yang longgar setibanya di rumah.

* Hindari stress berlebihan dan beralihlah ke gaya hidup aktif dengan bersenam secara teratur dan mengambil pemakanan yang seimbang.

Pemeriksaan Tahunan Dan Rutin

* Bagi wanita yang pernah melahirkan atau melakukan hubungan seks, lakukan pap smear setahun sekali.

* Pemeriksaan rutin juga perlu dilakukan setiap waktu supaya apabila berlakunya jangkitan di bahagian ini ia dapat dirawat dengan segera.

* Tanda-tanda jangkitan yang perlu diberi perhatian adalah terjadi perubahan warna di sekitar vagina (menjadi lebih merah) dan di sertai bau yang kurang menyenangkan serta rasa gatal. Jika hal ini di alami segera dapatkan rawatan daripada pakar.

Vagina seharusnya perlukan rawatan dan penjagaan yang rapi. Rawatan ada banyak cara, tradisional pun boleh, tapi orang zaman sekarang ini lebih senang ambil supplement sahaja.

Seperti biasa, saya syorkan pada wanita diluar sana yang ingin mengambil supplement semulajadi untuk penjagaan dalaman yang sememangnya selamat untuk digunakan ialah:



GLA COMPLEX

Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan (bagi yang inginkan zuriat)
Mengawal ketidakseimbangan hormone
Berkesan sebagai bahan antikulat
Mengimbangi tahap hormon & membantu mengawal penghasilan prostaglandin
Penting untuk penghasilan estrogen
Meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
Membantu masalah kencing tidak lawas
Melegakan PMS (sindrom prahaid)
Membantu dalam menangani menopous
Menjadikan kulit lebih sihat

ALFALFA COMPLEX

Detoks, anti flamasi, anti kulat
Mengawal keputihan
Mengetatkan faraj
Melegakan sakit sendi dan belakang
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi keselesaan semasa haid (bagi wanita)
Mencuci usus bagi membuang taksin
Bertindak sebagai kacip Fatimah (bagi wanita yang dah berkahwin)
Membuang angin dalam badan
Milk booster (bagi wanita sedang menyusukan bayi)

GARLIC

Antibiotik semulajadi & membunuh kulat
Bekalan oksigen & mengurangkan kesakitan
Anti-inflamasi & agen antiviral
Antibiotik semulajadi
Mengandungi bahan semulajadi melawan fungus/kulat
Merendahkan tekanan darah
Menurunkan kolestrol
Membunuh bakteria dan parasit




Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir


2 ulasan:

  1. Itu adalah tanda kebahagiaan rumahtangga kita...jagailah dan semailah dengan sebaiknya...jangan sampai suami cari yang lain...supplement shaklee sedia membantu wanita yang bermasalah.

    BalasPadam