Sabtu, 27 Disember 2014

Kurang Protein Punca Metabolisma Menurun





Protein merupakan punca zat yang sangat penting untuk tubuh manusia. Protein adalah penggiat dan pendorong utama kepada metabolisma dalam tubuh. Mereka yang tidak ataupun kurang mengambil protein dalam sehari bakal berdepan dengan masalah kesihatan dan menyebabkan metabolisma tubuh semakin menurun.

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, ramai yang mengetahui khasiat proten tetapi mereka mengambil protein dalam kadar yang salah. Ini menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan kekurangan protein dalam tubuh.

Protein Nutrisi Paling Banyak

Selain daripada air, protein merupakan khasiat yang paling banyak didalam tubuh manusia. Ini kerana banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh ada dalam khasiat protein.

Stabil Kadar Gula

Pengambilan protein yang mencukupi untuk tubuh memberikan manfaat yang sangat besar. Protein yang mencukupi mampu menstabilkan gula dalam darah. Ibu hamil digalakkan mengambil protein yang mencukupi untuk mengelakkan gula dalam darah yang tinggi. Seterusnya menyebabkan berlakunya diabetes.

Diet Yang Sempurna

Pengambilan diet yang sempurna dalam setiap hidangan seperti kekacang dan bijirin dapat membekalkan asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Pengambilan diet yang sempurna ini sekali gus dalam mengekalkan kadar metabolisma  badan pada tahap yang lebih baik ddan pastinya ia akan menjadi tubuh  langsing.

Tidak Melebihi Kalori

Dalam keghairahan untuk mendapatkan zat protein untuk kesihatan, perlu diingat jangan berlebihan iaitu tidak melebihi 35 peratus kalori sehari. Anda perlu dan mengambilnya dalam keadaan yang terkawal.

Sumber Telur

Protein memiliki manfaat yang sangat penting untuk tubuh. Oleh itu disarankan agar mengambil 10 gram sumber protein daripada telur, kacang-kacangan dan juga biji-bijian. Ini adalah protein yang terbaik untuk tubuh.

Sumber Protein

Dada Ayam


Potongan daging rendah lemak yang dimakan dengan roti gandum, mustard dan bayam merupakan pilihan makan yang sihat.

Susu


Susu dan sejenisnya merupakan sumber protein yang terbaik. Protein daripada sumber ini mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh. Susu mengandungi protein yang baik serta mengandungi kalsium yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar.

Daging


Daging juga merupakan sumber lain bagi protein. Didalamnya terdapat pula banyak zat besi, fosforus dan beberapa vitamin B complex.

Ikan

Pastikan anda selalu menyediakan ikan segar dalam peti ais. Ikan kod merupakan sumber protein terbaik untuk dinikmati. Selain membekalkan kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori. Ia juga membekalkan beberapa khasiat penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan