Ahad, 14 Disember 2014

Memperbanyakkan Susu Badan Dengan Doa Dan Pengambilan Supplement Yang Betul




Bukanlah menjadi satu kesalahan kalau inginkan susu badan yang banyak. Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Juga bukan menjadi  kesalahan jika ingin mencuba pelbagai supplement yang di percayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.

Tips Tambah Susu Badan

* Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
* Sentiasa kosongkan payudara sama ada menyusu bayi sekerap mungkin ataupun sentiasa mengepam payudara 3 jam sekali,  jika anda berada di tempat kerja.
* Jangan tunggu payudara penuh baru ingin menyusu bayi anda kerana semakin kerap bayi anda menyusu, semakin banyak susu akan di hasilkan.
* Amalkan memakan makanan kering seperti buah longan kering, kurma merah, sengkuang cina, dan kismis.
* Makan makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu.
* Banyakkan makan ulam ulaman seperti jantung pisang, pucuk betik muda, daun cekur manis, pucuk manis, kucai, peria dan alfalfa.
* Herba seperti habatusauda, halba dan jintam hitam.
* Sentiasa amalkan urutan, tuam dan pemilihan pam yang betul.
* Elakkan stress dan sentiasa positif.
* Sentiasa berdoa dan tawakal kepada Allah.

DOA MEMPERBANYAKKAN SUSU

Doa dan zikir membanyakkan susu ibu


Maksud ayat: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya di beri air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, “ pukullah batu itu dengan tongkatmu, ‘’(ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing (Dan Kami berfirman). ‘’makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakkan di muka bumi.

* Berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha sempurna kekuatannya) 70 kali setiap hari, waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu minum.
* Baca doa untuk ibu-ibu ‘’ Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu ku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan,’’ ‘’Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmat Mu dan keberkatan di sisi Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku…amin..
* Baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
* Baca surah al-baqarah ayat 60, letakkan tangan pada payudara, usap dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…Insyaallah.

Kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk si manja kita kan…set penyusuan dari Shaklee juga boleh membantu anda untuk pengeluaran susu yang baik…

Vita Lea, Vitamin C, ESP dan Alfalfa


Bergantung pada bajet dan kemampuan kita, set menyusu dari Shaklee ni ada banyak kegunaannya. 

1.Vita Lea
* Kesemua vitamin dan mineral yang di perlukan oleh badan bagi kegunaan tubuh  untuk ibu yang sihat dan susu yang berkhasiat.
* Menjadikan tubuh lebih cergas bertenaga dengan penghasilan sel darah merah.
* Membekalkan badan bahan mentah untuk sel darah merah yang berkualiti.

2.Vitamin C
* Membantu kuatkan daya tahan badan melawan penyakit.
* Bagus untuk kesihatan gigi dan gusi, kurang vitamin C akan menyebabkan gusi senang berdarah.

3. ESP
* Asid amino amat penting untuk membina kuku, otot,rambut, darah, organ kulit. Pengambilan yang konsisten adalah kunci kepada awet muda.
* Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
* Merangsang pembentukkan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan kelembapan kulit.

4. Alfalfa
* Mencuci hati, darah dan usus – merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan badan yang berasid.
* Melawan alahan, alergik – memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitive, kurap, bau badan dan kaki yang berbau.
* Menyingkirkan lemak dan kolestrol – Alfalfa mengandungi saponin, serat yang bertindak seperti spam untuk menyerap lemak dan kolestrol, melegakan keletihan.
* Alfalfa dapat membantu memperbanyakkan susu ibu.


Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

11 ulasan:

  1. Memberikan bayi kita dengan susu badan, membuatkan kita dan bayi bertambah erat dengan kasih sayang yang lebih berharga.

    BalasPadam
  2. set menyusu shaklee memang terbaik untuk ibu dan bayi, jangan lupa berdoa kepada Allah agar senantiasa dikaruniakan air susu yng banyak dan anak yang sihat.

    Lepas 7 Tahun Muka Berjerawat Teruk Inilah Kesudahannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seorang ibu mesti nak yang terbaikkan untuk si manja...

      Padam
  3. Set mnyusu shaklee set yang terbaik untuk ibu & anak..

    BalasPadam
  4. Bakal ibu dan ibu-ibu perlu mempunyai pengetahuan tentang cara penyusuan dan supplement yang perlu diambil

    BalasPadam
  5. Supplement perlu bagi say untuk ibu ynag mneyusu badan..dengan pola hidup yang terlalu sibuk kadang2 ibu menyusu tidak cukup nutrien jadi makanan tambahan memnag membantu..

    Masalah Kesuburan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Set penyusuan shaklee memang terbaik untuk ibu menyusu yang bekerja macam niny ni.

      Padam
  6. Set Penyusuan ni sangat bagus bagi mengekalkan kesihatan ibu + bertindak sebagai milkbooster, bila badan sihat tentulah ibu dapat menyusukan anaknya dengan baik, InsyaAllah.

    Kisah Liat Bayar Hutang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ila...supplement yg mcm ni sangatlah sesuai untuk ibu yg bekerja utk memastikan tubuh sentiasa bertenaga.

      Padam
  7. Sangat membantu tak kiralah untuk ibu ataupun anak

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS

    BalasPadam
  8. dah rasai sendiri bagaimana tiba-tiba susu merudum.. tapi bila diteliti balik puncanya, ialah sebab kurang pengambilan air putih, pengambilan pil perancang yg mengganggu pengeluaran susu, tak ikut konsep supply anda demand, nak tunggu bengkak susu dulu baru nak bagi.. banyak la sebenarnya punca itu yg dtg dr diri kita yg tak ambil perhatian.. selepas ikut semua konsep yg betul, dan ditambah dengan pengambilan set menyusu shaklee, alhamdulillah berjaya menyusu anak secara eksklusif..

    MAKANAN TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK

    BalasPadam