Khamis, 18 Disember 2014

6 Sajian Enak Bantu Hilangkan Lemak



Boleh di katakana masih ramai enggan menurunkan berat badan menerusi program diet. Mungkin ia dianggap sesuatu yang leceh untuk di praktikkan lantaran terpaksa menghadkan jumlah makanan diambil setiap hari termasuklah makanan yang digemari. Namun sebenarnya, anda masih mampu menikmati makanan yang menjadi kesukaan biarpun terikat dalam proses menurunkan berat badan.


1. Coklat Panas


Umum mengetahui bahawa coklat kaya dengan sumber koko yang mengandungi zat antioksidan yang tinggi. Ia dikatakan membantu meningkatkan hormon kortisol di dalam tubuh yang menyebabkan terkumpulnya lemak dibahagian perut. Fokus zat antioksidan didalam coklat panas lima kali lebih tinggi berbanding the pekat. Kombinasi protein dan karbohidrat di dalamnya juga membantu untuk memulihkan rasa sengal otot kerana melakukan olahraga dalam keadaan yang tergesa-gesa.

2. Sup Ayam


Individu yang gemar mengambil sup sebelum menjamah hidangan utama sebenarnya cenderung mengambil lebih sedikit kalori. Ini kerana, kuah sup berupaya mengalas perut yang kelaparan dan sekaligus mewujudkan rasa kenyang hinggakan anda sendiri berasa tidak mampu makan secara berlebihan.

3. Kopi


Kopi merupakan sejenis minuman yang mampu meningkatkan system kekebalan tubuh sekali gus membantu menurunkan berat badan. Hal ini di sebabkan, kopi mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai asam chlorogenic antioksidan (CGA) di mana ia bertindak menukarkan lemak kepada tenaga.

Dalam kajian berasingan juga mendapati bahan kimia yang telah sebati di dalamnya boleh melambatkan pelepasan glickosa ke dalam aliran darah. Secara tidak langsung ia dapat menurunkan kemasukkan insulin seterusnya meninggalkan kesan pencegahan dalam proses pertambahan berat badan. Walau bagaimanapun, jangan mengambil kopi secara berlebihan kerana dibimbangkan memudaratkan kesihatan.

4. Daging Panggang


Tidak ramai tahu bahawa protein yang terkandung di dalam daging merah mampu menurunkan berat badan. Ini disebabkan ketika anda mengambil protein maka tubuh akan bekerja lebih keras untuk memecahkan protein tersebut sekali gus menukarnya kepada tenaga. Maksudnya disini, anda telah membakar banyak kalori ketika mencerna daging berkenaan. Pada masa yang sama, protein juga boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

5. Makanan Pedas


Makanan pedas bukan hanya enak malah menjadi pembangkit selera untuk makan dengan lebih banyak. Mungkin sedikit mengejutkan mengatakan jenis makanan yang dihasilkan dari cili mampu menurunkan berat badan. Semuanya gara-gara kandungan capcaisin di dalam cili yang bertindak membakar timbunan lemak di dalam tubuh.
 
6. Kentang Panggang


Kentang panggang bukan setakat lazat malah ia juga kaya dengan nutrisi. Sama seperti makanan berwarna putih lainnya, kentang panggang mengandungi zat semulajadi yang dikenali sebagai allicin. Zat tersebut dikatakan berupaya melawan masalah radang sekali gus mengurangkan berat badan. Malah, ukuran pinggang juga boleh mengecil sekiranya hidangan tengahhari hanya menggabungkan nasi  dan kentang panggang sahaja.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
Rakan shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan