Ahad, 14 Disember 2014

Tips Untuk Kecilkan Paha




Kebiasaannya wanita yang mempunyai bentuk pear cenderung memiliki paha dan punggung besar. Namun masalah ini sering kali juga berlaku kepada mana-mana wanita tanpa mengira bentuk tubuh. Terutama golongan ibu, semasa hamil tubuh mengalami perubahan fizikal. Walaupun sudah melahirkan anak, sukar untuk golongan ini mendapatkan bentuk badan asal khususnya di bahagian paha.

Begitu juga wanita yang mengalami masalah berat badan, bahagian paha lebih mudah menjadi besar. Sudah pasti paha besar membuatkan wanita kurang selesa, sukar memilih pakaian dan bentuk badan tidak seimbang.


Kurangkan Makanan Berlemak

Adakah kita semua tahu, pengambilan makanan berlemak antara factor penyebab berat berlebihan. Makanan ini juga menjadi punca bahagian paha menjadi besar. Bagi yang ingin mengecilkan paha dan mendapatkan berat idea, kurangkan pengambilan berlemak. Amalkan pemakanan yang sihat, lakukan amalan ini secara berterusan. Lemak di dalam badan akan berkurangan, begitu juga dengan saiz paha.


Tingkatkan Pengambilan Serat

Mulai hari ini, anda mesti meningkatkan pengambilan yang mengandungi serat tinggi seperti buah-buahan serta sayur-sayuran. Ia membantu proses penghadaman, menurunkan berat badan seterusnya mengecilkan bahagian badan yang bermasalah.


Jogging & Berjalan

Senaman yang paling sesuai dan efektif untuk mengatasi masalah paha besar adalah berjoging dan berjalan. Dua jenis senaman ini akan menguatkan otot kaki, paha akan menjadi lebih mantap dan tegang. Tiada lebihan isi sebaliknya tubuh menjadi pejal dan stamina pula bertambah baik. Jika anda tidak berkemampuan untuk jogging, cukuplah sekadar berjalan. Senaman ini membakar kalori dan lemak, paling seronok tahap kesihatan anda juga bertambah baik. Senaman berbasikal juga membantu mengecilkan paha.

Senaman Bangun Daripada Tidur

Sebaik saja bangun daripada tidur, lakukan senaman ringan. Angkat kedua-dua kaki ke atas dank e bawah seperti mengayuh basikal. Lakukan secara santai, jangan terlalu memaksa diri. Anda akan seronok melakukan gerakkan ini, selain menyihatkan tubuh, paha dan betis juga menjadi lebih menarik.

Krim Pembakar Lemak

Bagi mendapatkan kesan yang lebih memuaskan, anda juga boleh menyapu bahagian tubuh yang bermasalah dengan krim pembakar lemak. Terdapat banyak pilihan di pasaran antaranya pati halia. Sapukan krim pada bahagian paha, kemudian tunggu sehingga krim itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Selepas itu, pakai bengkung agar dapat membentuk tubuh badan yang lebih kemas.

2 ulasan:

  1. good info..mmg segan juga lebih-lebih lagi dgn husband bila paha lebih besar dari dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi...tak apa lia supplement shaklee kan ada...boleh bantu kita untuk nampak slim...

      Padam