Isnin, 15 Disember 2014

Khasiat Buah-buahan Kering



Proses pengeringan makanan merupakan kaedah tertua dalam mengawet makanan. Ia menyebabkan buah-buahan menjadi lebih kering, mudah dikunyah dan memberikan rasa lebih sedap. Walaupun banyak vitamin C yang hilang dalam proses pengeringan itu tapi khasiat lain tetap tersimpan baik dalam buah-buahan kering itu.

PRUN


Ia amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prun adalah bersamaan dengan 100 kalori. 

KISMIS


Buah anggur yang telah di keringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun yang tidak larut dapat membantu system penghadaman dan juga mengurangkan kolestrol dalam badan.

CERI KERING


 Ia adalah cara paling ‘’enak’’ untuk mendapat bekalan potassium dan vitamin A dalam diet anda.

KURMA


Seperti buah-buahan kering yang lain, kurma mengandungi banyak karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi dan hanya mengandungi 96 kalori.

APRIKOT KERING


Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karitena dan serat yang paling tinggi.

BUAH TIN KERING


Ia membantu mengurangkan ‘’kolestrol jahat’’. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan