Sabtu, 25 Oktober 2014

Phytocol-St kawal kolestrol anda


Menurunkan Kolestrol Secara Semulajadi Dengan Phytocol-St

Kolestrol ialah bahan berlemak yg merupakan sebahagian daripada membrane luar sel dalam badan haiwan, ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolestrol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolestrol pemakanan datang  daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolestrol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan di selaputi oleh protein.
Hati mampu menyingkirkan kolestrol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolestrol serta merembeskan kolestrol ke dalam peredaran darah.
Phytocol-st adalah formulasi proprietary dengan bahan-bahan yg terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL.
HDL Lawan LDL
 
Tidak semua kolestrol jahat. Jenis yg baik, kolestrol HDL, juga dikenali sebagai “high density lipoprotein’’ menawarkan banyak manfaat kesihatan.
Kolestrol LDL (jahat)  juga dikenali sebagai ‘’low density lipoprotein’’ adalah yg perlu kita awasi. Secara am nya kolestrol sejenis lemak memainkan peranan membantu struktur membrane sel dan penghasilan hormon. Walaubagaimanapun LDL yg berlebihan boleh terkumpul didalam salur darah dan meninggikan risiko penyakit jantung.
Ciri-ciri kolestrol tinggi
>Rasa berat di tengkuk
>Cepat mengantuk
>Mudah letih
>Sering sakit kepala
Diet sihat
Diet yg sihat dan seimbang akan membekalkan nutrient harian dan komponen makanan lain yg membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yg sihat dan juga bertenaga utk menjalani aktiviti2 harian anda. Makanlah diet yg seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu yg rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
Gaya hidup sihat
Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori utk menjadikan anda sentiasa sihat. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari cukuplah hanya dengan berjalan kaki.
Berminat utk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi…
Saya Puan Siti Rohani Mamat
019 5959640
Wassapp/telegram
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee negeri perak
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya

Jumaat, 24 Oktober 2014

Hari Ini Punya Cerita


Assalamualaikum….Salam Maal Hijrah buat semua umat islam,
Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan kehidupan yg harian seperti biasa.
Hari yg cukup ceria, sambil tunggu suami balik dari solat jumaat apa lagi yg boleh isteri buat ya…selain kemas rumah, makan tengah hari sudah siap. Apakata kita buat agar-agar santan itu pencuci mulut kesukaan suami saya tu.
Utk hari ini saya nak kongsikan resepi agar-agar santan kesukaan suami dan anak-anak, resepi yg ringkas je. Utk buat agar-agar ni saya lebih sukakan agar-agar yg bertali tu, kalau yg serbuk tu saya tak pandai dan tak biasa buat.
Resepi agar-agar santan
>1 paket agar-agar
>4 cawan air
>2 senduk gula pasir
>1 cawan santan ( rm 1 santan)
>1 biji telur ayam ( dipecahkan dlm mangkuk dan kacau dgn garfu)
>secubit garam (utk rasa lemak )
>perasa vanilla
>pewarna hijau (@ warna kesukaan anda)
>2 helai daun pandan
Cara-cara:
1.masakkan air sampai mendidih bersama dengan gula, daun pandan dan agar-agar sampai hancur
2.kecikkan api dan masukkan esen vanilla, pewarna hijau, santan dan garam kemudian kacau lagi
3.kacaukan telur kemudian masukkan ke dalam periuk dan kacau lagi sampai dia betul-betul hancur, yg penting jangan bagi santan jadi berbintil-bintil dan dia akan naik membuak-buak sampai melimpah-limpah.
4.tuangkan adunan kedalam Loyang biarkan ia sejuk barulah di masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia sejuk baru sedap dimakan.

 

Rabu, 22 Oktober 2014

Istimewanya Vitamin E


Keajaiban Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin yg memiliki sifat larut lemak dan sifat larut antioksidan. Vitamin E sangat penting utk kesihatan kita dan umumnya membantu, mencegah dan mengatasi beberapa kondisi yg boleh terjadi pada kulit.
Saya nak share testimony dari seorang kawan yg tangannya terkena sup panas, selepas amalkan vitamin E tangan dia semakin hari semakin pulih dan kesan merah semakin pudar.

Kebaikkan Vitamin E:
*vitamin penting utk kecantikkan kulit
*bertindak sebagai anti penuaan dan antioksidan
*melindungi dan mencegah kerosakkan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
*mempercepat proses pemulihan luka dan menggantikan kulit baru
*bagus utk mereka yg mempunyai kulit kering
*berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
*berupaya mengurangkan kesan jeragat yg ada pada kulit serta menghilangkan kesan parut yg memalukan
*menjadikan kulit lebih muda
Sifat antioksidan vitamin E membantu menangkal radikal bebas dan menjaga kulit tetap segar bercahaya. Vitamin E juga menawarkan manfaat perlindungan kulit dari kerosakkan akibat sinar matahari.
Manfaat lain adalah utk menjaga jantung, hati dan ginjal agar tetap sihat.
Berminat utk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
Saya Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya

Selasa, 21 Oktober 2014

Jangan menghalalkan perkara yang haram


ASSALAMUALAIKUM…selamat pagi wahai sahabat- sahabat seagama dengan ku dikala waktu matahari ingin memancarkan cahayanya utk memberi kita kehidupan yg lebih cerah…SUBHANALLAH  ENGKAU MAHA BERKUASA KE ATAS segalanya. Disaat otak ku berfikir utk buat ayat di entry ku, air mata ku mengalir kerana memikirkan lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang bagaimanakah nasib anak-anak ku atau anak-anak sesiapa sahaja ini.
Cekalkah hati mereka utk menempuh hari-hari yg penuh dengan liku dan ranjaunya?
Tanpa didikan agama yg cukup, aku risau takut-takut mereka mudah terpesong dengan ajaran yg tidak betul.
Semalam kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yg bagi saya memang tak masuk dek akal fikiran manusia yg beragama islam. Satu program yg telah berlaku Umat Islam boleh pegang anjing….SUBHANALLAH.
Adakah ini salah satu ajaran yg sesat lagi menyesatkan anak-anak muda di kala ini. Ya Allah selamatkanlah kami semua dari mala petaka, jauhkan kami  dari perkara-perkara yg ENGKAU larang...Aminnn.

Kenapa masih ramai umat islam dizaman ini mudah sangat percaya atau mudah sangat terpesong dengan perkara yg memang Allah swt larang…? Kenapa nak menghalalkan perkara yg sememangnya haram bagi kita umat Islam.
YA ALLAH YA TUHAN KU ENGKAU MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA-GALANYA, LINDUNGILAH ANAK-ANAK KU DARI SEGALA PERKARA YG TIDAK BAIK.
Saya pengedar Shaklee negeri perak
Anda diluar sana yg ingin cuba produk Shaklee @ ingin bertanya mengenai produk Shaklee
Hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Wasapp/telegram 019 5959640
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya

Ahad, 19 Oktober 2014

Betul ke penyakit Beguk bahaya?


Beguk boleh sebabkan mandul
Beguk bukanlah satu penyakit yg bahaya namun ia masih memerlukan rawatan dan pencegahan. Ia adalah penyakit yg disebabkan oleh virus dengan menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.

Walaupun sangat kurang terjadi, namun penyakit ini kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa. Selalunya dalam kalangan kanak-kanak, ia akan hilang namun bagi lelaki dewasa pula, ia boleh menyebabkan kemandulan.
Takrifan tentang penyakit beguk:
Beguk adalah penyakit yg mudah berjangkit dengan virusnya merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yg dijangkiti mengalami batuk atau bersin.

Gejala:
Ia bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yg dijangkiti. Sesetengah orang yg dijangkiti beguk tiada simptom awal tetapi mengalami tanda seperti berikut:
>demam
>sakit kepala
>mulut kering dan hilang selera makan
>keletihan
>pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10-12 hari
Komplikasi:
Walaupun mereka yg dijangkiti akan pulih sepenuhnya, kadang kala berlaku juga komplikasi  seperti berikut:
*pembengkakan pada otak
*pembengkakan pada lapisan otak
*pembengkakan pada pancreas
*lebam pada testis dan selalu berlaku pada lelaki dewasa
*pekak
Rawatan:
Tiada ubat khusus tetapi ia boleh dilegakan dengan keadaan tersebut:
>paracetamol utk mengurangkan demam dan rasa sakit
>minum lebih banyak air dan elakkan minuman jus berasid
>letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis utk melegakan kesakitan
>perlu kuarantin di rumah utk elakkan jangkitan sehingga Sembilan hari atau sehingga bengkak hilang
Pencegahan:
Viksin perlu diberi pada usia 12 bulan dan tujuh  tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu Mumps, Measles dan Rubella.
Saya pengedar Shaklee yg sah
Ada sesiapa yg berminat  atau sedang mencari supplement utk masalah kesihatan anda
Insyaallah produk Shaklee boleh membantu anda
Hubungi saya utk maklumat lanjut…
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram
019 5959640
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Sabtu, 18 Oktober 2014

Meal Shake Ku Dah Habis


Meal shake Shaklee Meningkatkan Selera Anak Ku
Assalamualaikum…selamat petang semua
Petang sabtu yg dingin hujan sentiasa membasahi bumi Allah SWT…suami pegi kerja, anak-anak sedang tidur dengan lena, musim hujan ni memang sedar kalau dapat lelapkan mata.
Tapi si ibu ligat memerahkan otak konon-kononnya sedang berfikir nak menyusunkan ayat utk buat entry di blog nya…adoooiii.
Hari ni nak bercerita pasal Meal Shake, sebabnya sebelum anak dara tidur tadi, matanya melilau cari makanan utk dimakan tapi tak tahu nak makan apa…kononnya.
                                                       Alamak…meal shake anak ku dah nak abis…
Ibu tak perasan pun yg anak dara dah bawa lari Meal shake bila cari rupanya menyorok di celah kerusi sambil meratah Meal shake…huhuhu nasib baiklah meal shake tu dah sememangnya dah nak habis…takpe lah janji hati dia gembira…

Meal Shake Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yg seimbang bagi setiap Sembilan asid amino yg diperlukan oleh tubuh utk tumbesaran dan perlindungan yg baik.
Meal shake juga bukannya semata-mata utk kanak-kanak sahaja tetapi ia juga sesuai utk orang dewasa dan warga tua tapi tidak sesuai utk pengidap kencing manis kerana ia perasa vanila yg manis.
      Siapa yg boleh ambil meal shake?
1.       Kanak-kanak yg kurang selera makan
2.       Mereka yg ingin tambahkan berat badan
3.       Kanak-kanak yg selalu mengalami sembelit
4.       Ibu yg hamil, menyusukan bayi
5.       Juga sesuai pada mereka yg tidak suka pada tablet 

Meal shake dengan harga promosi akan berakhir hujung bulan ini sahaja
Beli 3 dapat free 1.
*produk ini bukan bertujuan utk mengdiagnos, merawat, menyembuh
Atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat utk pertanyaan produk @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat 019 5959640
Wassapp/telegram
Saya rakan Shaklee anda
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh

Khamis, 9 Oktober 2014

Kepentingan supplement utk ibu hamil


Vitamin Tambahan ketika hamil agar kekal sihat

Assalamualaikum…salam sejahtera buat semua muslimin dan muslimat…hari ini hari khamis sunyi rasa pagi ni…anak2 dah pergi sekolah…kerja rumah pun dah siap…si ibu apa lagi mengadap laptop lah buat entry utk blog dia…hihihi
Hari ini kita cakap pasal supplement utk ibu yg sedang hamil lah ya.
Anda diluar sana sedang mencari supplement yg sesuai  sepanjang kehamilan?
Ingat masa hamil dulu sebelum kenal Shaklee…masa mengandung dulu saya tak ambil apa2 supplement pun kecuali apa yg dibekalkan oleh pihak klinik kesihatan ibu dan anak je…itu yg sama makan dulu. Kalau bab makanan pula utk bagi anak dalam kandungan sihat Cuma makan sayur, buah, ikan, ayam supaya kita dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan bertenaga.
Jika anda diluar sana masih lagi mencari supplement yg sesuai semasa hamil, vitamin utk ibu hamil dari Shaklee adalah jawapan yg terbaik kerana ianya semulajadi.
Set Kehamilan Shaklee
Nutrisi lengkap utk ibu hamil
ESP
>ianya sangat penting utk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon didalam tubuh.
>sangat diperlukan oleh wanita hamil dan menyusukan bayi.
>ia juga memelihara dan mengekalkan janin dari menjadi cacat.
>keperluan protein sewaktu hamil sangat penting bagi penghasilan susu dan juga utk membantu ibu hamil lebih bertenaga.
OMEGA GUARD
>penting dalam pembentukkan otak bayi dari peringkat awal.
>mengandungi DHA yg sangat penting utk perkembangan otak janin.
>mengawal kolestrol bagi ibu hamil.
B Complex
>lengkap dengan asid folik
>asid folik sangat penting utk pembentukkan tulang.
>mengelak kecacatan pada janin
>mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi.
Vitamin C
>mengandungi sel penting dalam pembinaan kolagen.
>menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting utk gusi dan gigi yg sihat.
Vita Lea
>multivitamin yg penting utk pembinaan darah dan pembesaran janin.
>membantu menstabilkan bacaan HB darah ibu yg hamil.
>mengimbangi nutrient dan juga mengandungi asid folik.
Ostematrix
>kalsium dan magnesium sangat penting utk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukkan tulang bayi.
>melegakan sakit belakang dan menghalang osteoporosis bagi ibu hamil.
utk tempahan produk @ ingin bertanya mengenai produk Shaklee…
boleh hubungi saya…Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
fb: Rohani Husna Nazir
fb page: Jom Sihat Bersama Saya
#saya rakan Shaklee anda
#saya pengedar Shaklee yg sah
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh