Selasa, 15 Julai 2014

keistimewaan bulan ramadhan


Keistimewaan Bulan Ramadhan
Hari ini adalah hari Nuzul AL Quran bagi umat islam, sedar tak sedar dah 17 hari umat islam menyambut ramadhan dan tak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kami semua, tahun depan belum tentu kami akan berjumpa denhan ramadhan lagi.
Bulan ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan yg besar. Semua amal soleh yg dilakukan pada bulan ini akan mendapat balasan lebih banyak dan lebih baik. Oleh kerana itu kita sangat dianjurkan utk memperbanyak amal kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan. Diantara keutamaan dan keistimewaan bulan ramadhan tersebut, disebut dalam beberapa riwayat:

1.Ramadhan adalah bulan yg penug berkah:


Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan ramadhan terdapat satu malam yg nilainya lebih baik dari seribu bulan. Rasulullah SAW bersabda;
Telah dating bulan ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian utk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yg nilainya lebih baik dari seribu bulan.

2.Allah SWT membebaskan penghuni neraka pada setiap malam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:


Jika awal ramadhan tiba, maka syaitan2 dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pun pintu dibuka. Sedangkan pintu2 syurga dibuka, dan tidak satu pintu pun  yg ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan ramadhan). Wahai orang yg menginginkan kebaikkan, datanglah. Wahai orang yg inginkan kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang2 yg dibebaskan dari neraka.

3.Sedekah yg paling baik adalah pada bulan Ramadhan


Rasulullah SAW pernah ditanya; Sedekah apakah yg paling mulia? Beliau menjawab: Iaitu sedekah di bulan ramadhan.

4.Orang yg banyak beribadah (menghidupkan) bulan ramadhan, maka dosa-dosanya diampuni oleh AllahSWT. Rasulullah SAW bersabda:


Barang siapa beribadah (menghidupkan) bulan ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yg telah lalu.

5.Doa orang yg berpuasa adalah mustajab Rasulullah SAW bersabda:


Ada tiga doa yg mustajab, iaitu orang yg sedang berpuasa, doa orang yg musafir dan orang yg teranianya.

6.Puasa dan AL Quran yg dibaca pada bulan ramadhan akan memberi syafaat kepada orang yg mengerjakannya kelak dihari kiamat. Rasulullah SAW bersabda:


Puasa dan Alquran akan memberikan syafaat seorang hamba pada hari kiamat.
Doa pada bulan ramadhan adalah bulan yg mulia, penuh berkah dan mustajab, maka kita sangat dianjurkan banyak berdoa pada Maha Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan