Rabu, 24 Disember 2014

Lentikkan Bulu Mata Cara Semulajadi




Bulu mata yang lebat dan lentik menambah kecantikkan wanita. Ia bukan sahaja menjadi titik tumpu pada wajah malah kecantikkan bulu mata mampu menarik perhatian insan tersayang mahupun orang sekeliling. Tidak dinafikan penggunaan mascara dapat membantu wanita memiliki bulu mata yang lentik namun kesannya tidak lama.

Penggunaan secara kerap juga boleh menyebabkan bulu mata gugur. Terdapat beberapa cara semulajadi yang dapat membantu wanita untuk merealisasikan impian ini. Bukan sahaja bulu mata menjadi lentik malah penggunaan ini membantu melebatkan dan memelihara kecantikkan mata.



Tangkai Daun Sirih & Lendir Lidah Buaya

Siapa sangka, lendir lidah buaya bukan sahaja boleh dijadikan masker malah ia juga amat efektif untuk merawat bulu mata. Khasiat yang terkandung dalam lidah buaya atau aloe vera dikatakan dapat membantu melebat dan melentikkan bulu mata. Caranya mudah sahaja, bersihkan tangkai daun sirih, kemudian celup tangkai ini pada lendir lidah buaya.

Elakkan terkena kulit lidah buaya kerana ia mungkin menyebabkan alahan atau gatal-gatal terutama pada golongan yang mempunyai kulit sensitif.
Sapukan lendir lidah buaya pada seluruh bulu mata. Amalkan petua ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Bulu mata akan menjadi lembut, lentik dan menawan.

Potong Bulu Mata

Ada juga golongan yang memotong bulu mata separuh dalam usaha melebat dan melembutkannya. Tapi ingat jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu mata menahan debu masuk ke mata. Pun begitu, untuk melakukan pemotongan ini, pastikan anda mendapat khidmat mereka yang pakar kerana kesilapan boleh mencederakan mata.



Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan pelbagai khasiat untuk menjaga kecantikkan. Minyak zaitun juga dikatakan mujarab untuk merawat bulu mata yang bermasalah agar kembali sihat serta cantik.
Caranya, oles minyak zaitun pada bulu mata dengan cara melengkung ke atas sebelum tidur. Sebaik saja bangun pagi, cuci bulu mata sehingga bersih. Lakukan tips ini secara konsisten, hasilnya dapat dilihat seawal tiga minggu. Anda pasti gembira dengan hasil yang memuaskan ini.



Buah Pelaga

Bakar buah pelaga sehingga keluar minyak, kemudian asah di atas batu. Calitkan minyak tersebut menggunakan putik kapas. Sapu pada bahagian bulu mata dan lakukannya setiap hari. Sebaik-baiknya amalkan petua ini sebelum tidur malam. Minyak buah pelaga akan membantu menguatkan bulu mata di samping melebat dan melentikkannya.

2 ulasan: