Khamis, 27 November 2014

Cegah Bayi Tersedak





Lazimnya bayi tersedak akibat diberikan susu formula dari botol. Namun begitu, tidak bererti bayi yang mendapat susu ibu tidak tersedak. Kerap kali bayi yang berumur 50 hari akan menghisap susu ibu dengan lahap hingga menyebabkan ianya tersedak.

Oleh itu, para ibu harus tahu cara mencegah agar bayi tidak tersedak, sesuai dengan factor penyebabnya. Antara punca tersedak:

1.       Susu Ibu Melimpah

Ibu harus mengepam keluar susu dan kemudiannya diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan kecil. Dengan cara ini, jumlah susu yang masuk ke dalam mulut si kecil dapat disesuaikan dengan kemampuannya menelan. Berikan dengan posisi bayi duduk atau bersandar dengan sudut 45 darjah.

2.       Susu Ibu Keluar Terlalu Laju
 
Hentikan dulu pemberian susu kepada anak. Ini membuatkan aliran susu ibu semakin perlahan dan akhirnya keluar secara titisan. Ketika inilah susui kembali bayi anda.

3.       Salah Posisi Menyusu

Perhatikan posisi tubuh anak ketika disusukan. Perut bayi dan perut ibu harus saling bertemu dan dagu bayi berada pada payu dara anda. Dengan posisi menyusu seperti ini, sekalipun anda menyusukannya sambil berbaring dapat mengelakkan bayi tersedak.

Bagi bayi yang sudah berusia enam bulan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Bayi ketika ini telah bersedia untuk menerima makanan dan minuman lain. Berikut antara factor si kecil tersedak ketika makan dan minum.

1.       Peralatan Minum Yang Tidak Sesuai

Gunakan peralatan yang khusus sesuai dengan perkembangan kemampuan makan atau minum si kecil.

2.       Bergurau

Jangan memberikan minum kepada anak sambil mengajaknya bergurau. Apabila anak diberi minum sambil ketawa atau bercakap, injap pada saluran pernafasannya akan terbuka.

3.       Jumlah Cecair Yang Terlalu Banyak

Aturkan agar jumlah air yang masuk kedalam mulut anak sesuai dengan kemampuannya untuk menelan.

Segera Bertindak

Jika bayi tiba-tiba tidak menangis atau batuk, mungkin ada sesuatu yang menghalang pernafasannya. Tanda lain, pernafasannya berbunyi atau tidak mengeluarkan suara ketika membuka mulut. Kulit wajahnya berubah kebiruan atau kemerahan.

Tindakan yang boleh anda lakukan. Segera baringkan bayi dengan kedudukan mengiring atau meniarap untuk mengeluarkan cecair. Jangan sesekali mengangkat atau mendukung bayi kerana akan menyebabkan cecair didalam kerongkong masuk kedalam saluran paru-paru.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Baatu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

18 ulasan:

  1. Memang bahaya jika bayi tersedak. Pemberian susu perlu diberikan dalam posisi yang betul. Jangan sesekali berikan susu yang disendal dengan bantal kerana ia amat merbahaya.

    BalasPadam
  2. Perlu berhati-hati semasa menberi minum kepada bayi..tersedak adalah meembahayakan bagi bayi...

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian menarik ni... Ibu2 harus berhati semamsa memberikan anak minum susu. Jangan kerana kelekaan kita, anak menjadi mangsa,,,

    Fungsi Dan Khasiat Kayu Manis Dalam Masakan Harian

    BalasPadam
  4. Penah tengok bayi 3 bulan hisap botol sambil baring. YaAllah bunyi kerongkong kuat sangat macam nak tersedak. Tapi mak ayah dia rileks je

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat sekali. Tersedak susu ni memang amat berbahaya....dan boleh memudaratkan kesihatan bayi.

    kurus dengan teknik yang mudah dan berkesan tanpa bahan terlarang

    BalasPadam
  6. Kerap kali kita dengar baby tersedak susu. Moga info ini bermanfaat..buat ibu termasuk saya

    BalasPadam
  7. bahaya kalau baby tersedak susu.. dah banyak kemalangan seperti ini yang meragut nyawa baby.. ibu2 yang baru ataupun dah lama bergelar ibu patut tahu tentang info cara hendak mencegah bayi tersedak susu..

    MAKANAN MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT

    BalasPadam
  8. Tersedak susu sgt merbahaya kpd kanak-kanak. Sbgai ibu, kita kena lebih peka ketika memberi susu kpd si manja.

    NOV '14 CLEARENCE SALES! NUK BOTTLES JUST RM39

    BalasPadam
  9. Ramai ibubapa yg masih lagi tak tahu tentang hal nie. Dan ada jugak yg tahu tapi masih biat benda yg sama.jangan biarkan ia mengundang bahaya pada anak2. Nanti nangis tak berlagu..

    JommSihatDanCantik -> ADAKAH ANDA JUGA BEGITU??

    BalasPadam
  10. Ramai ibubapa yg masih lagi tak tahu tentang hal nie. Dan ada jugak yg tahu tapi masih biat benda yg sama.jangan biarkan ia mengundang bahaya pada anak2. Nanti nangis tak berlagu..

    JommSihatDanCantik -> ADAKAH ANDA JUGA BEGITU??

    BalasPadam
  11. Perkongsian yang menarik. .kadang2 jadi takut bila kuar dlm paper baby tersedak susu

    IDAMAN SETIAP WANITA

    BalasPadam
  12. Tersedak susu bhya bg bayi..Ketika bayi Menyusu perlulah pantau jgn biarkan bayi bersendirian..

    BalasPadam
  13. Selalu kita dengar kes bayi tersedak susu.Bahaya bila bayi bila tersedak susu boleh myebabkan kematian.terima kasih atas perkongsian...info yg bermanfaat.

    BalasPadam
  14. Satu habit buruk yg saya sering perhatikan, malah selalu tgk di shopping complex, sambil stroller baby disorong, bayi disumbat dgn susu botol yang disangga dgn tuala atau bantal kecil di dada. Bahaya betul

    BalasPadam
  15. Banyak dah kes pasal bayi tersedak ni..tolong la ambik perhatian wahai ibu bapa..

    BalasPadam
  16. Info baru utk sy ni..kurang baca mengenai hal ni.pengalaman pun takde lagi.insyallah soon

    BalasPadam
  17. Mohon berlindung Allah dari berlaku kes sebegini kepada kita.

    Berat Badan Naik Ketika Hamil

    BalasPadam
  18. Bnyk kes skrg bayi meniggal akibat tersedak., semoga Allah lindungi anak2 kita

    BalasPadam