Rabu, 31 Disember 2014

Ikut Kehendak Anak Dara Nak Makan Kek



Setiap hari hujan sejuk dan dingin je rasa badan ni…

Anak dara sorang ni tak habis-habis minta buatkan kek, perutnya sentiasa lapar, mentang-mentanglah hari ni hari lahir abahnya.

Si ibu dengan terpaksanya mengikut kehendak anak. 

Jom ikut saya masuk dapur buatkan kek yang ringkas untuk anak dara sorang ni.

Bahan untuk kek
250gm mentega
250gm gula kastor
5 biji telur
½ sudu baking powder
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning, hijau dan merah

Cara buat kek

* Pukul gula kastor dan mentega hingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
* Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
* Masukkan tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati
* Sapukan Loyang dengan majerin supaya kek tidak melekat
* Bakar pada suhu 180os selama 60 minit atau sehingga masak.

Kek ringkas dan senang untuk buatnya…bagi anak-anak yang suka makan kek

Selamat mencuba…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan