Selasa, 30 Disember 2014

Panduan Makan Malam Ketika Diet



Mengelak makan terlalu banyak atau berlebihan pada waktu malam patut anda amalkan jika ingin menurunkan berat badan. Ini kerana pada waktu malam tubuh tidak aktif dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Memadai jika hanya mengambil makanan dalam kuantiti sedikit dan sederhana.

Makan Waktu Yang Sama

Salah satu cara untuk tidak mengambil makanan secara berlebihan adalah dengan makan hidangan utama pada masa  yang sama setiap hari. Sebaiknya makan sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu tidur agar makanan yang dimakan dapat dihadam terlebih dahulu.

Ambil Makanan Berserat


Pada waktu makan malam, ambil lebih makanan berserat dan berasaskan air. Makanan yang disyorkan adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kurangkan makanan yang tinggi lemak serta karbohidrat. Masih boleh ambil nasi dan pasta tapi pastikan dalam kuantiti sedikit.

Minum Air Putih


Jika masih berasa lapar sebelum waktu tidur, adalah amat disyorkan minum air putih secukupnya. Kadang kala tubuh kekurangan air dan memberi isyarat lapar. Jika rasa lapar, minumlah air putih terlebih dahulu. Jika masih rasa lapar selepas itu bolehlah minum segelas susu, makan yogurt atau sebiji epal.

Atasi Tekanan

Sesetengah individu bila mengalami masalah tekanan atau stress akan cenderung untuk makan berlebihan. Petua menguruskan badan adalah jangan makan masa waktu kita tertekan.makanan mungkin dijadikan sebagai salah satu cara melepaskan tekanan setelah seharian berhadapan dengan pelbagai masalah di tempat kerja.

Jangan Makan Sambil Menonton TV


Beberapa kajian menunjukkan berkait rapat antara masalah kegemukkan dengan makan sambil menonton tv adalah benar. Ramai individu gemar menonton sambil mengunyah snek dan makanan yang tinggi lemak serta berkalori seperti kerepek, coklat, keropok dan aiskrim. Anda akan makan tanpa sedar. Begitu juga jika anda gemar makan hidangan makan malam sambil menonton tv, perkara yang sama akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan