Isnin, 29 Disember 2014

Gejala Urat Verikos Ketika Hamil Bagaimana Ostematrix Boleh Membantu



Pernahkah ibu-ibu hamil atau sesiapa saja melihat bahagian betis dan belakang paha, urat atau vena (saluran darah) berwarna biru terpintal, di mana ramai wanita mengalaminya ketika kehamilan?

Usah risau dengan perubahan ini. Ia berlaku kerana tekanan bertambah ke atas rangkaian pembuluh darah di bahagian bawah tubuh yang berpunca daripada pembesaran bayi dan Rahim.



Penyebab
* Pembuluh utama yang mengalirkan darah daripada bahagian bawah tubuh kembali ke jantung adalah inferior vena kava. Tekanan tambahan melewatkan aliran darah daripada bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

* Pengaliran darah yang lambat dengan peningkatan isi padu darah menyebabkan kecenderungan untuk darah berkumpul di bahagian bawah. Ini menyebabkan saluran darah vena menggelembung.

* Ketika kehamilan, hormon progesteron meningkat. Hormon ini menyebabkan dinding saluran darah rileks dan mengembang. Ini juga mengakibatkan penipisan dan pengembangan vena, berserta dengan tekanan tambahan daripada pembesaran bayi menyebabkan urat gelembung.

Gejala
* Kaki terasa berat
* Kaki berkeadaan bengkak
* Keadaan sekeliling vena membengkak terasa gatal
* Kaki berasa berdenyut, sakit atau lenguh

Ibu Hamil Yang Berisiko
* Ada sejarah sama dengan keluarga
* Berat berlebihan
* Mengandung bayi besar
* Anak kembar

Cara Mengelak
* Kekalkan berat badan ideal.
* Melakukan senaman untuk memastikan kitaran darah yang baik.
* Amalkan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan, sayuran dan serat yang merupakan pemakanan sihat seimbang.
* Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
* Pakai seluar sokongan ketat
* Amalkan meletakkan kaki anda di atas bantal atau bangku pada siang hari.
* Tidur dengan mengiring di sebelah kiri. Letakkan bantal di belakang anda untuk mengelak dari berpusing ke belakang.
* Jangan berdiri terlalu lama.
* Jangan duduk bersilang kaki.
* Elakkan memakai pakaian yang mencerut pada bahagian perut, kaki atau kelengkang. Juga jauhkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Rawatan
* Usah risau kerana urat verikos cuma terbentuk ketika mengandung dan beransur pulih selepas melahirkan bayi. Namun,gejala ini akan berulang setiap kali kehamilan seterusnya dan akan bertambah teruk.

* Doctor akan mengesyorkan pemakaian seluar sokongan ketat ketika mengandung. Pemakaian ini boleh mengurangkan dari gejalanya bertambah teruk.

* Setelah melahirkan jika di dapati urat verikos atau penampilannya mengganggu anda berbincanglaah dengan pakar bedah vaskular untuk mendapatkan pembedahan urat verikos. Namun, pembedahan ini hanya akan seharusnya dilakukan sekiranya anda pasti tidak mahu hamil lagi.

Tips Legakan Kaki Kejang
Sering kali ibu hamil berdepan dengam masalah kejang kaki ataupun cramps. Keadaan yang berpunca dari kekurangan nutrient dan garam, pembesaran Rahim serta perubahan hormon  ini memang menyakitkan. Ia boleh terjadi tak kira masa, sekiranya anda mengalaminya lakukan langkah berikut untuk melegakannya.

* Buat regangan kaki dengan cara meluruskan kaki dan gerakkan perlahan-lahan tapak kaki. Rasa sakit akan beransur-ansur kurang ketika anda melakukan regangan ini.

* Minta bantuan suami atau rakan untuk mengurut pada otot yang kejang.

* Berjalan perlahan-lahan sehingga rasa kesakitan itu hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimana pula dengan supplement dari Shaklee boleh membantu menangani gejala urat verikos ketika hamil iaitu dengan OSTEMATRIX?



Ostematrix membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi. Membantu pengecutan otot dan saraf juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink.



Manfaat Utama Ostematrix

* Menguatkan tulang
* Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
* Meringankan stress
* Memperbaiki masalah haid
* Pengalkalian tubuh
* Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Siapa Pula Yang Perlukan Ostematrix

* Mereka yang mengidap penyakit asthma
* Mereka yang mengalami masalah pencernaan
* Mereka yang ketagih alkohol
* Mereka yang ada penyakit jantung
* Mereka yang mengalami masalah tekanan darah rendah
* Mereka yang mengalami masalah batu karang
* Mereka yang mempunyai penyakit diabetes
* Mereka yang mempunyai masalah otot,tulang dan sendi
* Ibu hamil
* Ibu yang sedang menyusukan bayi
* Ibu yang dalam pantang


Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir


Tiada ulasan:

Catat Ulasan