Selasa, 30 Disember 2014

4 Tanda Tubuh Kekurangan Vitamin K





Sebut saja vitamin A, B, atau C, sudah terbayang di dalam kepala tentang buah-buahan atau sayur-sayuran yang mengandungi khasiat vitamin berkenaan. Secara umumnya, vitamin sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.


Sebagai contoh vitamin C berperanan untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh, begitu juga dengan vitamin A yang sangat baik untuk mata. Bagaimanapun vitamin Ka kurang diberi perhatian sedangkan ia penting untuk menjaga tulang dan arteri agar menjadi lebih kuat serta sihat. Oleh sebab itulah kandungan vitamin K juga perlu dipelihara supaya tidak berkurangan. Namun, sekiranya tubuh anda mengeluarkan beberapa isyarat berikut maka ia membawa maksud bahawa anda sebenarnya kekurangan vitamin K seperti:

Pendarahan

Jika anda kekurangan vitamin K maka isyaratnya boleh dilihat kepada pengaliran darah yang tidak normal. Sebagai contoh, pendarahan yang biasa berlaku adalah masalah gusi berdarah tetapi dalam sesetengah kes yang serius, pendarahan juga boleh terjadi dibahagian usus.

Janin Tidak Membesar

Kekurangan vitamin K juga boleh memberi kesan buruk kepada janin. Pertumbuhan organ pada janin mulai terganggu sekiranya seorang wanita yang hamil kekurangan vitamin K. Justeru, banyakkan mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin tersebut bagi mengelak sebarang kemungkinan yang buruk.

Pembekuan Darah

Selain pendarahan yang berterusan, pembekuan darah juga boleh terjadi kepada individu yang kurang vitamin K. Ini kerana vitamin K menyebabkan penurunan kadar protrombin darah dimana ia sangat bermanfaat untuk menormalkan darah.

Kesihatan Usus Berkurangan

Kekurangan vitamin K boleh mengakibatkan masalah dibahagian usus hingga terjadinya penyakit obstruksi bilier, malabsorpsi, ketumbuhan fibroid dan gangguan di usus kecil. Oleh sebab itu,pastikan tubuh mendapat vitamin K yang secukupnya agar kesihatan lebih terjamin dan terpelihara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan