Rabu, 31 Disember 2014

Penjagaan Khusus Bayi Pramatang Dibantu Pula Dengan Set Penyusuan Tebaik Untuk Ibu Dan Bayi



Assalamualaikum semua…hari ini dah 31hb Disember hari terakhir kita di tahun 2014 dan esok adalah tahun baru bagi tahun 2015. Adakah azam anda tahun ini dah tercapai atau belum?…bagi yang azamnya dah tercapai…Alhamdulillah…bagi yang belum boleh di bawa ke tahun hadapan atau mungkin biarkan ia berlalu dengan begitu saja…hihi…boleh ke macam tu…tahun hadapan mulakan dengan azam yang baru…AZAM SI PEMILIK BLOG SICOMELAYATULHUSNA…? Biarlah rahsia ya…huhu.


Hari ini saya nak berkongsi dengan anda mengenai bagaimana hendak menjaga bagi pramatang yang saya baca dalam majalah.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus berbanding bayi yang dilahirkan tepat masanya. Bagi perkembangan optimum bayi pramatang, ciptakan suasana seperti didalam Rahim. Kita ikuti panduan berikut:

Posisi Tidur

Sediakan tempat tidur daripada selimut tebal yang berbentuk huruf U. Bayi seolah-olah berada seperti didalam Rahim yang membuatkannya berasa selesa.

Pencahayaan Suram

Redupkan lampu ketika menyusu dan tidur agar bayi tidur lebih lama, koordinasi bernafas dan menelan susu lebih baik. Ia mendorong kenaikkan berat badan yang lebih tinggi. Jika cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatannya kurang baik.

Elak Kebisingan

Bercakap dengan perlahan dan tutup pintu ketika bayi sedang tidur. Bayi memerlukan tidur yang berkualiti untuk memacu hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optimum.

Metode Kanggaru

Ia bagi mempertahankan suhu tubuh, menstabilkan denyutan jantung dan pernafasan, membuatkan bayi tidur lebih lama, jarang menangis, meningkatkan penghasilan susu ibu dan mengukuhkan ikatan antara ibu dan bayi.

Rangsangan

Berikan rangsangan seperti sentuhan, suara dan pandangan. Hangatkan telapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka mendengar suara ibunya. Ajak bayi berbual ketika menyusu. Dengarkan muzik seperti alunan zikir, nasyid, selawat setelah bayi bangun tidur atau ketika bayi berada keadaan gelisah. Ketika berbual dengan bayi, pastikan jarak wajah anda 20 hingga 30 cm di hadapannya. 

Cara Mandi

Walaupun tubuhnya kecil, bayi pramatang tetap perlu dimandikan...caranya:

1. Pada hari-hari terawal, lap sahaja bayi dengan kain yang dibasahi air yang hangat. Kulit tubuhnya sangat nipis dan sensitif.
2. Setelah bayi berat 2.6 kg, barulah dimandikan bayi dengan air menggunakan bekas mandian. 
3. Pilih sabun khusus untuk bayi agar tidak menimbulkan iritasi.
4. Memastikan air mandi tidak terlalu panas atau sejuk.
4. Jangan menggosok kulit bayi terlalu kuat. 



Bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, demi memastikan susu ibu sentiasa mencukupi untuk si manja anda. Di sini saya sertakan satu set penyusuan terbaik dari supplement Shaklee agar susu badan anda tidak merudum dan sentiasa memenuhi permintaan si manja anda iaitu:

Alfalfa

Alfalfa banyak mengandungi nutrient penting dan pelbagai vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan juga zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik dan juga sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan baik dan lancer.

Vita Lea

Vitamin yang sangat penting untuk ibu hamil dan juga ibu menyusu. Kajian juga menunjukkan kebanyakkan orang wanita mengalami masalah kekurangan zat besi dan megakibatkan anemia berpunca daripada kekurangan zat besi.
Vita Lea juga bagus untuk kesihatan tulang, sistem imun badan yang baik, kesihatan jantung, kesihatan kuku, kulit dan juga rambut.

ESP (soy protein isolate powder)

Membantu mempercepatkan penghasilan susu, memekatkan susu dengan nutrient penting untuk bayi dan menyebabkan bayi anda cepat kenyang. ESP juga merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Vitamin C

Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan juga kulit kasar. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang  bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma.

B Complex

8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik, membantu menukarkan protein, lemak & karbohidrat kepada tenaga. Menggalakkan tunbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan