Isnin, 1 Disember 2014

Kembalikan Kesihatan Mata Dengan Carotomax Shaklee



Mata adalah pancarindera paling penting. Walaupun ianya kecil dan berada dibahagian atas namun fungsinya sangat diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja seharian kita. Sebab itulah jangan dibebankan sangat dengan anugerah Tuhan ini.

Membuat tugasan berjam-jam lamanya, kurang tidur, tertekan dan menggunakan gajet dalam tempoh waktu yang panjang adalah beberapa perkara yang boleh membuatkan mata cepat letih dan hilang fokus. Malah, pada masa yang sama penampilan anda turut terjejas kerana mata sudah mula menunjukkan isyaratnya melalui lingkaran gelap di bawah kelopaknya.

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.


Begitu juga dengan Carotomax Shaklee membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan mata seperti rabun atupun silau dari menjadi bertambah teruk. Carotomax adalah sumber karotenoid yang terbaik dalam membekalkan vitamin A kepada badan kita.

Kelebihan Carotomax Shaklee
* Sumber vitamin A yang terbaik untuk kesihatan badan kita.
* Meningkatkan system imunisasi bagi melindungi diri dari penyakit
* Mempunyai antioksidan yang melindungi tekanan pada mata dan seterusnya menyebabkan penyakit katarak.
* Membantu mereka yang mengalami masalah rabun malam
* Mengurangkan power rabun anda dari bertambah teruk
* Kemusnahan sel akibat radikal bebas boleh dikurangkan
* Membetulkan sistem organ tubuh agar berfungsi seperti biasa


SiapaYang Memerlukan Carotomax Shaklee
* Carotomax boleh diambil oleh lelaki dan perempuan kerana ia berasaskan sumber dari alam semulajadi
* Mereka yang tidak mengamalkan diet seimbang terutamanya yang tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran
* Mereka yang mengalami masalah berkaitan mata seperti rabun dan silau
* Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti parut dan mempunyai kesan parut yang teruk

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Khamis, 27 November 2014

Cegah Bayi Tersedak





Lazimnya bayi tersedak akibat diberikan susu formula dari botol. Namun begitu, tidak bererti bayi yang mendapat susu ibu tidak tersedak. Kerap kali bayi yang berumur 50 hari akan menghisap susu ibu dengan lahap hingga menyebabkan ianya tersedak.

Oleh itu, para ibu harus tahu cara mencegah agar bayi tidak tersedak, sesuai dengan factor penyebabnya. Antara punca tersedak:

1.       Susu Ibu Melimpah

Ibu harus mengepam keluar susu dan kemudiannya diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan kecil. Dengan cara ini, jumlah susu yang masuk ke dalam mulut si kecil dapat disesuaikan dengan kemampuannya menelan. Berikan dengan posisi bayi duduk atau bersandar dengan sudut 45 darjah.

2.       Susu Ibu Keluar Terlalu Laju
 
Hentikan dulu pemberian susu kepada anak. Ini membuatkan aliran susu ibu semakin perlahan dan akhirnya keluar secara titisan. Ketika inilah susui kembali bayi anda.

3.       Salah Posisi Menyusu

Perhatikan posisi tubuh anak ketika disusukan. Perut bayi dan perut ibu harus saling bertemu dan dagu bayi berada pada payu dara anda. Dengan posisi menyusu seperti ini, sekalipun anda menyusukannya sambil berbaring dapat mengelakkan bayi tersedak.

Bagi bayi yang sudah berusia enam bulan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Bayi ketika ini telah bersedia untuk menerima makanan dan minuman lain. Berikut antara factor si kecil tersedak ketika makan dan minum.

1.       Peralatan Minum Yang Tidak Sesuai

Gunakan peralatan yang khusus sesuai dengan perkembangan kemampuan makan atau minum si kecil.

2.       Bergurau

Jangan memberikan minum kepada anak sambil mengajaknya bergurau. Apabila anak diberi minum sambil ketawa atau bercakap, injap pada saluran pernafasannya akan terbuka.

3.       Jumlah Cecair Yang Terlalu Banyak

Aturkan agar jumlah air yang masuk kedalam mulut anak sesuai dengan kemampuannya untuk menelan.

Segera Bertindak

Jika bayi tiba-tiba tidak menangis atau batuk, mungkin ada sesuatu yang menghalang pernafasannya. Tanda lain, pernafasannya berbunyi atau tidak mengeluarkan suara ketika membuka mulut. Kulit wajahnya berubah kebiruan atau kemerahan.

Tindakan yang boleh anda lakukan. Segera baringkan bayi dengan kedudukan mengiring atau meniarap untuk mengeluarkan cecair. Jangan sesekali mengangkat atau mendukung bayi kerana akan menyebabkan cecair didalam kerongkong masuk kedalam saluran paru-paru.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Baatu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Rabu, 26 November 2014

9 Makanan Pantas Bakar Lemak



Assalamualaikum…hai kawan-kawan semua, terima kasih kerana sanggup melawati bolg saya yang tak seberapa ni…hari ini hari yang agak kelam kabut sikit, sedang siapkan barang-barang sebab esok kami nak balik kampong. Secara ringkas hari ini saya nak cakap pasal makanan yang mudah bakar lemak.

Makanan pembakar lemak membantu mempercepatkan kadar metabolisma. Berikut adalah Sembilan jenis makanan yang perlu anda amalkan setiap hari bagi memastikan misi langsing anda tercapai.

Yogurt Rendah Lemak

Yogurt rendah lemak, adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti mempercepatkan metabolisma. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat.

Omega 3

Ia merupakan sumber protein yang sangat baik. Omega 3 adalah asid lemak yang dapat membantu membakar kalori dan mengurangkan selera makan. Sumber omega 3 yang paling mudah adalah daripada ikan.

Kekacang

Kacang contohnya adalah makanan protein yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisma dan menurunkan peratusan lemak badan, begitu juga kacang soya.

Daging Dibuang Lemak

Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna.

Telur

Telur juga merupakan sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.

Cuka

Diperbuat daripada asid, cuka membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan.

Limau

Buah-buahan jenis limau, mampu meningkat tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren juga mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membuat anda rasa kenyang lebih lama.

Cili

Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan metabolisma.

Bijirin

Membantu mengawal kadar insulin ditahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisma anda.

Bagaimana pula dengan produk Shaklee boleh membakar lemak yang ada dalam badan?

Omega Guard

Dalam omega guard juga ada omega 3 yang mana boleh membantu membakar lemak yang berlebihan dalam badan kita. Membantu bagi mengurangkan rasa lapar sebab boleh tinggikan hormon leptin, dan bila leptin tinggi keinginan untuk makan jadi kurang.

Alfalfa Complex

 
Menyingkirkan lemak dan kolestrol, kajian klinikal terbukti, bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

Lecithin

 
Pemecahan lemak dan kolestrol. Lecithin bertindak sebagai ‘’pembersih’’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh. Menghalang obesity, pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Selasa, 25 November 2014

Ketahui Kepentingan Kalsium



Kalsium penting kepada proses perkembangan kanak-kanak. Namun begitu, individu dewasa juga memerlukan sumber kalsium yang mencukupi agar tubuh sihat.

Bagi yang ‘’alah’’ pada produk tenusu hingga tidak boleh meminum susu, tidak perlu risau kerana susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium. Apa yang penting, anda perlu rajin untuk mencari maklumat mengenainya.

Berikut antara sumber makanan yang membekalkan anda sumber kalsium yang baik dan bermanfaat kepada kesihatan tubuh.

1.       Keju


Keju merupakan makanan yang berasaskan daripada susu. Keju memiliki hamper semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, lemak dan juga kolestrol. Namum harus di ingat keju boleh menyebabkan gangguan kesihatan jika di ambil dalam kadar yang berlebihan.

2.       Yogurt


Yogurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis susu termasuklah juga kacang soya. Yogurt antara makanan yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi.

3.       Sayuran hijau


Pasti ada yang pelik apabila mengetahui sayuran hijau mempunyai kandungan kalsium. Percayalah bahawa sayuran hijau terutamanya brokoli dan juga bayam adalah sayuran hijau yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi.

4.       Kacang soya


Kacang soya mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, jika anda merebus secawan kacang soya tanpa dicampurkan dengan garam, ia boleh menghasilkan sehingga 261mg kalsium. Selain itu, dengan meminum susu soya juga dapat memberikan anda sumber kalsium yang bermanfaat.

5.       Salmon


Seperti sudah ketahui ikan salmon kaya dengan lemak sihat dan juga protein. Namun tahukah anda bahawa seiris ataupun sepotong ikan salmon mengandungi kandungan kalsium yang tinggi iaitu 181mg kalsium.

6.       Badam


Badam diperkaya dengan vitamin E. ia juga mengandungi 70 – 80mg kalsium. Jadi dengan cara mengambil badam sahaja anda juga mampu mendapat sumber kalsium yang diperlukan oleh badan.

7.       Kubis


Kubis dikategorikan sebagai sayur-sayuran berbentuk buah-buahan. Dalam setiap hidangan, ia lebih bermanfaat daripada segelas susu. Jadi lebihkan sayuran ini dalam setiap hidangan anda.

Manfaat Kalsium Bagi Tubuh Kita

Ada beberapa manfaat kalsium kepada kesihatan kita

Ø  Mengaktifkan saraf
Ø  Melancarkan peredaran darah
Ø  Melenturkan otot
Ø  Menstabilkan tekanan darah
Ø  Menjaga keseimbangan cairan tubuh
Ø  Mencegah osteoporosis
Ø  Mencegah penyakit jantung
Ø  Menurunkan risiko kanser usus
Ø  Dapat mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang dan reumatik
Ø  Meminimumkan  penyusutan tulang ketika hamil dan ketika menyusu
Ø  Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
Ø  Memulihkan ghairah seks yang menurun dan lemah
Ø  Mengatasi masalah kencing manis

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
FB: Rohani Husna Nazir