Ahad, 29 Jun 2014


Jaundis
Apakah puncanya
Jaundis terjadi pada bayi yg sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yg berlebihan. Bilirubun ialah satu bahan kimia yg di hasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yg lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yg mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yg masih baru tidak boleh memetabolismakan bilirubin yg berlebihan. Dalam keadaan yg sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yg menghidapi jaundis akan mengalami kerosakkan system saraf, tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yg terlalu tinggi.
Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?
>50 peratus bayi yg dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari ke2 atau ke3 selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu
>80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghadapi jaundis diantara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya akan hilang 2 bulan selepas kelahiran
Bagaimana merawat jaundis
Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusukannya dengan sekerap yg mungkin. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur utk menyusukannya. Masa ini anda  akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yg banyak.
Jika bayi anda di berikan susu badan, dia tidak perlu di berikan sebarang cecair lain seperti susu formula.
Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya  fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan bayi anda akan di letakkan di bawah cahaya lampu yg berwarna biru. Cahaya ini akan membantu memecahkan bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit birit tetapi ini penting utk penguraian bilirubin
Adakah jaundis berbahaya
Ya, ia boleh menjadi bahaya, jangan  ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yg lebih tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini di kenali sebagai kernicterus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan