Sabtu, 27 Disember 2014

Banjir Di Negeri Pantai Timur Semakin Buruk Hulurkan Bantuan Anda



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim setiap hari, setiap masa, setiap saat menantikan berita banjir di negeri pantai timur, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.






Hujan lebat yang berterusan tanpa henti menyebabkan beberapa kawasan yang rendah dilanda banjir. Limpahan air sungai dan peningkatan paras air laut meningkat dengan mendadak  memburukkan lagi keadaan.


Tidak dinafikan juga perubahan iklim global disertakan pula dengan musim tengkujuh antara factor terjadinya banjir luar biasa di Negeri Kelantan.


Banjir yang melanda Negeri Kelantan lebih seminggu yang lalu hampir memutuskan semua bekalan barangan keperluan harian. Hulurkan bantuan anda dengan apa cara sekali pun. Jasa baik anda hanya Allah saja yang mampu membalasnya.



Semalam seluruh Negara telah melakukan solat hajat bagi memohon dan meminta petunjuk dari Yang Maha Esa agar keadaan banjir beransur pulih.

1 ulasan:

  1. Ya Allah selamatkanlah kami semua dari musibah ini...hanya pada Mu kami bermohon.

    BalasPadam